blogger lelaki logo

Sekeping Sijil, Kudrat Tulang Empat Kerat

5 Komen
Aku dilemparkan satu soalan agak pelik bunyinya. Soalannya berbunyi begini" Kau hidup atas dunia, cari rezeki, kau bergantung pada sijil atau bergantung kepada Tuhan?"

Aku sedar soalan ini dilontarkan oleh seseorng yang bukan calang-calang. Silap jawab aku kena hentam balik dengan soalan yang lebih perit. Sekali dengar aku macam tidak faham soalan ini.

Sekeping Sijil, Kudrat Tulang Empat Kerat

Selepas sel-sel otak berhubung, aku susun ayat jawab soalan secara intelektual dan rasional. Dia sedang berbicara pasal rezeki unutk jawab soalan kawan aku tadi kita kena berbalik kepada perkara asas, darimana datangnya rezeki? Siapa yang turunkan rezeki kepada kita? Tuhan telah berjanji Dia akan berikan nikmat rezeki kepada mereka yang berusaha.

Jadi asasnya siapa yang berusaha dia akan diberikan rezeki. Rezeki juga telah Tuhan tetapkan bahagian masing-masing, jadi kita seharusnya bersyukur dengan apa sahaja yang kita dapat. Mengeluh bukan jalannya, namum terus berusaha dan bergantung harap pada Tuhan.

Mengapa kawan aku tadi cakap 'bergantung pada sijil', sebab keadaan masyarakat kita hari ini ada sedikit terpesong, jika ada anak yang tidak pandai belajar sampai masuk universiti. Mereka takut dan risau takut anak mereka susah nak cari pekerjaan. Nanti jadi miskin. Nah itu dia apabila kita bergantung pada sijil bukan kepada Tuhan.

Jawapan aku, berusaha mengenggam sekeping sijil itu tidak salah, sebabnya kita berusaha untuk meperbaiki diri kita, dengan sekeping sijil tadi kita telah berusaha untuk mendapatkan pekerjaan dan rezeki yang lebih baik. Ini semua bergantung atas niat kita. Silapnya kita apabila menganggap jika tiada sijil maka gelap masa depan, susah nak dapat pekerjaan atau rezeki. Padahal rezeki itu bergantung pada usaha kita dan Tuhan telah tetapkan bahagian kita.

Namum aku 'tabik' kepada mereka yang berjaya mencari rezeki seperti burung yang terbang dipagi hari dengan perut kosong untuk mencari rezeki, mereka berusaha dan percaya akan adanya rezeki yang akan Tuhan tentukan buat mereka.

5 Komen untuk "Sekeping Sijil, Kudrat Tulang Empat Kerat"

avatar

usaha itu tangga kejayaan ^^

avatar

sijil cuma sesuatu yang boleh dibanggakan . tapi belum tentu mampu nak bekerja . if u know what i mean ~ ^_^

avatar

kene usaha kuat...skrg ni walaupun dah ada ijzah tak bermakna boleh dapat kerja sedap dan gaji tinggi. Yg penting adalah usaha untuk mencari rezeki yg halal.

Entri terkini MINDAKABUR : Anak Kecil Terpisah Daripada Ibu Bapa Semasa Konsert Berlangsung

avatar

Kalau tiada sijil dan kita berusaha tetap ada ganjarannya.

avatar

Nak kata graduan ijazah pemalas dan memilih tak boleh juga, saya salah seorang daripada graduan yang masih bekerja sambilan. Dah cuba macam2 temuduga tapi masih fail. Tapi saya percaya takdir Allah dan pasti ada hikmahnya. Cuma tak sedapnya mulut orang Melayu, terutama dari yang takde sijil degree sedap mengata orang takde kerja tetap macam mereka. Sepatutnya beri kata2 semangat bukan memperlecehkan saudara islam sendiri. Agaknya gembira bila tengok ada yang lebih susah teruk nak dapat kerja berbanding mereka tiada degree tapi kerja tetap, buat kerja cincai dan hujung bulan gaji dah masuk. Saya redha dengan takdir saya tapi sedarlah bangsa melayu jangan \tahu menghina mengeji seseorang kerana kita tak sentiasa akan berada di atas, suatu hari akan ada masa kita di bawah pula......

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.