blogger lelaki logo

Salam Ramadhan 1435 H

7 Komen
Bulan penuh keberkatan tiba lagi, diharap sebagai muslim kita semua akan memanfaatkan peluang untuk merebut dan meraih segala kebaikan serta kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan ini.

Salam Ramadhan 1435 H

Kenangan di bulan Ramadhan pastinya berlainan dengan bulan-bulan yang lain. Terutama ketika kita masih kecil. Bagaimana kita diasuh oleh mak ayah kita untuk belajar puasa. AKu sejak dari darjah satu sudah diajar untuk berpuasa, tetapi ketika itu aku selalu tak puasa penuh, boleh kira dengan jari hari yang aku berpuasa penuh. Selalunya aku hanya akan berpuasa setengah hari sahaja. 

Sejujurnya aku sudah naik ke darjah 4 barulah aku berjaya puasa penuh. Pada masa itu mungkin aku dah mula rasa sedikit malu dengan kawan-kawan, jadi aku mencuba untuk berpuasa penuh. Tetapi Solat Terawih pula aku masih belum penuh, masa itu aku masih kecil, selalu ikut abang-abang sepupu aku pergi main mercun dan meriam buluh.

Kalau aku pergi Solat Terawih pun aku tak solat penuh, sedang orang lain sedang solat, aku denga sepupu aku cabut lari ketika orang sedang sujud. Sebab dan kedengaran bunyian meriam buluh bersahutan. Fikir nak main sahaja pada masa itu.

Semakin lama, kita makin membesar. Kita mula terdidik untuk membetulkan diri kita. Pada usia aku 14 tahun barulah aku berjaya melaksanakan Solat Sunat Terawih penuh sebulan.Aku agak sedikit nakal, mungkin sebab aku dibawah pengaruh kawan-kawan yang suka bermain, jadi aku pun turut serta bermain.

Nyata sekali, peranan ayah aku dalam mendidik aku. Tanpa ayah aku, mungkin aku akan hanyut dan terleka untuk amal ibadah. Didikan dari sejak kecil akan membentuk kita hari ini yang dewasa. Kalau aku ponteng puasa, duit raya yang aku dapat paling sedikit. Pada ketika umur 14 tahun, setelah aku berjaya penuhkan Solat Terawih aku selamanya sebulan, ayah aku bagi bonus, belikan baju raya extra untuk aku.

Selamat berpuasa dan semoga kita semua akan diberkati sepanjang bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan.

7 Komen untuk "Salam Ramadhan 1435 H"

avatar

Selamat menjalani ibadah puasa...

avatar

Assalamualaikum... Kenangan dan pengalaman semasa kecil pastinya amat manis dalam ingatan :)

Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

avatar

salam ramadhan n selamat menjalani ibadah puasa .

avatar

Selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. ;)

avatar

Salam Ramadhan 1435 Hijrah yang mulia juga bro :)

avatar

Salam ramadan
diharap tidak terlewat untuk ucapan ini
Entry nie teringat pada masa muda2 dulu. ......

avatar

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar penganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.

Salam Aidilfitri maaf, zahir dan batin drp saya Kamil Salleh sekeluarga.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.