blogger lelaki logo

Pasukan Pilihan World Cup 2014

4 Komen
Kejohanan bolasepak terkemuka dunia menjelang tiba, World Cup 2014 akan memeulakan tirainya beberapa hari lagi di Brazil. Negara yang penuh dengan lagenda bolasepak dunia.

Piala Dunia yang pertama kau adalah pada tahun 1994, dimana aku sanggup berjaga, bersengkang mata untuk meyaksikan perlawanan akhir ketika itu yang menemukan Brazil vs Italy. Kejuaraan pada tahun itu ditentukan dengan sepakan penalti yang menobatkan Brazil selaku juaa Piala Dunia 1994.

Pasukan Pilihan World Cup 2014
Roberto Baggio yang kecewa.
Sejujurnya pada ketika itu aku memilih pasukan Italy. Bertapa kecewanya aku pada masa itu sampai tak nak pergi sekolah. Hingga kini Italy masih menjadi pilihan aku, aku tak tahu kenapa. Selain Italy, Gemany dan Spain juga dalam radar aku untuk berikan sokongan padu sepenuh jiwa di depan kaca televisyen.

Walaupun ketika aku mengalami tumbesaran menuju dewasa, aku tak pernah sokong Brazil yang ketika itu memang gah dengan gaya 'samba' mereka. Pemain mereka semua bertaraf dunia. Namum Roberto Carlos adalah pemain kesukaan aku, cuma aku tidak suka melihat Brazil menang...hahaha

Tahun ini pasti saingan lebih sengit kerana sejak kebelakangan ini pasukan Brazil bukan lagi pasukan pilihan, prestasi pasukan Brazil sedikit merundum, namum tahun ini mungkin adalah tahun kebangkitan mereka selaku tuan rumah.

Berjaga malam begitu sinonim dengan Piala Dunia di Malaysia, cuma kita agak tenang ketika Piala Dunia dianjurkan di Korea dan Jepun pada tahun 2002, kerana waktu siarannya selari dengan waktu kita, tak perlu berjaga malam. 

Bagi pendapat aku pula kurang 'feel' apabila kita layan Piala Dunia tanpa perlu berjaga malam, atmosferanya berlainan sedikit. Nikmatnya lebih apabila kita berjaga malam semata-mata nak tengok pasukan kesayangan kita menang, kalau kalah padan muka.

4 Komen untuk "Pasukan Pilihan World Cup 2014"

avatar

tak ada masalah berjaga mlm klu dah minat kan ...

avatar

Lepas ni ramai la pekerja yang ponteng kerja sebab nak layan world cup ni kan.

avatar

Last World Cup dulu aku bujang. Sekarang ni dah ada family, tak tau la bole buat perangai bujang lagi ke tak. Haha

avatar

Assalammualaikum... BL,

Brazil ada pasukan kesukaan mselim3.. wahh.. BL suka italy yer. Nampaknya persaingan sihat nie..

mselim3

pls: WC menyatukan semua bangsa.. dan masing2 mengucapkan satu perkataan yang sama iaitu "goooollllll"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.