blogger lelaki logo

Mudah Percaya 'Orang Alim'

6 Komen
Orang alim atau selalu juga kita sebut 'warak', menjadi kebiasaan kita untuk hormat golongan ini kerana ketinggian ilmu mereka serta perwatakkan alim dan dekatnya mereka kepada agama.

Namum dunia ini sememangnya mencabar, 'orang alim' tidak semesti kita boleh terus percaya melainkan orang tu sudah kita kenal lama, sudah tahu asal usulnya. Jika baru sehari dua kita kenal, pakai jubah, berjanggut, pakai celak dan nampak alim, awas jangan kita terus percaya.

Bukan niat kita untuk berprasangka buruk. Namum kita perlu juga berhati-hati selalu agar tidak ditipu. Orang jahat ada seribu macam cara untuk menipu, sekali kita terleka kita akan terjerumus kedalam perangkap mereka.

Mudah Percaya 'Orang Alim'

Menurut laporan JAKIM, kos kerugian melebihi 10 juta ringgit dicatat akibat ditipu oleh orang yang kononnya 'alim'. Sejak 2010 berjumlah 1,826 kes melibatkan penipuan pakej umrah. Ada agensi yang memerangkap mangsa dengan menjual agama.

Soal duit jangan buat main, makan duit haram, hasil tipu duit orang nak pergi umrah, berkat ke duit yang dia dapat? Orang kita juga perlu lebih berhati-hati, asal jumpa sahaja orang yang alim, kita terus sanjung dan angkat. Padahal baru kenal sehari dua. Sebab itulah wujudnya golongan alim-alim kucing ini, yang suka mengambil kesempatan. 

6 Komen untuk "Mudah Percaya 'Orang Alim'"

avatar

Assalammualaikum... BL,

mselim3 ada baca gak kisah nie,.. dan dengar di berita pasal penipuan pakej umrah yang didatangi oleh 'orang alim' .. Penipuan ada dimana2 saje ..

mselim3

avatar

oooh, patut la letak gambar kucing tu, alim2 kucing rupanya hahah... ya betul, pendek kata, don't judge a book by its cover = don't judge a person by his/her appearance... gitu~ ;3

blogwalking sambil menabung di sini~ ;3

avatar

cara nak tak kena tipu dengan orang yang nampak alim tapi bukan alim ni adalah dengan mempunyai ilmu jugak... sebab tu kut, Allah SWT sangat tekankan bab menuntut ilmu atau sehingga sekurang-kurangnya berada dalam majlis ilmu... kita mungkin akan lebih mudah tahu samada kita sedang cuba ditipu oleh orang yang buat-buat alim kan? Selalunya kalau kita ada ilmu jugak... dan ilmu kita selari dengan ilmu orang alim betul, kita akan rasa serasi... insyaAllah... tapi kadang-kadang kita tak boleh elak dari kena tipu jugak tu sebab ada lah pengajaran yang Allah nak bagi kat kita kut... Allahualam bissawab...

avatar

berhati - hati wpun dgn org yg kita kenal . duit yg hilang halalkan saja . janji Allah , perbuatan di dunia DIA bayar cash !

avatar

Don't judge a person from it's 'serban'. Hehe. Orang kita ni, tengok dress up Islamik sikit, terus sangka baik dan tak tengok lagi dah akhlaknya macam mana. Tengok kes-kes macam yang dalam berita penipuan ni, rasa macam mudah je nak pancing orang Melayu ni kan.

avatar

Ialah sesetengah dari mereka yang berperwatakan warak tu tak boleh dipercayai langsung, luaran nampak warak dalam hati syaitan

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.