blogger lelaki logo

Ketakutan Itu Ilusi

7 Komen
Ketakutan sememangnya wujud didalam diri setiap manusia. Dan ia menjadi salah satu sifat yang sebati dalam diri kita. Walaupun sifat takut ini normal, jika kita 'takut' secara berlebihan ia boleh membawa kepada keadaan negatif.

Ketakutan Itu Ilusi
Takut ada bermacam takut, ada orang takut hantu, takut gagal, takut kecewa, takut jatuh, takut dikritik, takut miskin, takut malu, takut sakit, takut kehilangan kekasih, takut bersendirian, takut kesepian, takut bini..erkkk, boleh dikatakan banyak benda yang boleh buat kita rasa takut.

Ada sesetengahnya rasa takut itu boleh membantutkan kita untuk maju kehadapan, apabila kita takut untuk mencuba, apa pun tak boleh, macam mana kita hendak berjaya, selagi kita tak buang rasa takut kita untuk mencuba. Untuk berjaya kita kena beranikan diri untuk mencuba, bertindak untuk mengapai kejayaan.

Rasa takut yang keterlaluan akan membuatkan kita ketinggalan. Selagi kita tidak berjaya mengatasi perasaan takut itu, selagi itulah kita masih ditakuk lama. Takut untuk melangkah kehadapan. Jadi bagaimana caranya untuk kita mengatasi rasa takut tadi/

Tips Mengatasi Ketakutan


1. Lawan perasaan takut adalah berani, jadi kita kena beranikan diri kita. Cari kekuatan dalam diri, kerana hanya diri kita sahaja yang mampu mengubahnya.

2. Cari punca kenapa kita rasa takut, kenal pasti apa sebabnya. Misal contoh kita takut untuk berenang, kenapa kita takut? sebab kita takut lemas, sebabnya kita tidak pandai berenang, jadi untuk mengatasi perasaan takut untuk berenang ialah belajar berenang.

3. Cari inspirasi untuk beranikan diri, kadangkala apabila kita terdesak, kita akan jadi berani. Perasaan takut yang menghantui kita sebelum ini dibuang dengan secara tidak sengaja dalam keadaan terdesak. Ada masanya juga kita perlu paksa diri kita untuk jadi berani.

4. Mulakan langkah pertama, walaupun cuma satu langkah yang kecil. Buang perasaan takut itu sedikit demi sedikit, lama-lama ia akan jadi kalis dan selepas itu kita tidak ada perasaan takut itu lagi.

5. Ingatlah tiada apa yang perlu kita takutkan diatas muka bumi ini kecuali ALLAH S.W.T. Kita hanya perlu takut kepada-NYA. Perasaan takut kita kepada tuhan akan membuatkan kita lebih taat, jika kita takut kepada selain itu kita akan semaki tersepit, sebab kita takut akan bayang kita sendiri.

Bagi pendapat aku, rasa takut itu hanyalah ilusi. Ketakutan itu cuma bayang-bayang di dalam minda kita. Rasa takut yang menguasai pemikiran kita. Jika kita berjaya menguasai atau 'reset' semula minda kita, maka buangkan semua perasaan takut tadi.

Kita tengok sahajalah rancangan 'Fear Factor', cabaran dalam pertandingan ini adalah setiap peserta perlu mengatasi perasaan takut mereka. Kejayan hanya milik mereka yang berjaya mengawal dan mengatasi perasaan takut.

7 Komen untuk "Ketakutan Itu Ilusi"

avatar

Eeeee gila lah ular.. Banyak gila... Geli weh...

avatar

steady jer brader nih... fear factor diketepikan..

avatar

banyak doa yg boleh kita amalkan untuk lawan perasaan takut

avatar

Tapi kalau letak ular kat kepala mcm tu...mintak maap yop...memang aku takut!

avatar

Lgi bgs kahwin indon murah dan muda

avatar

Lgi bgs kahwin indon murah dan muda

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.