Kesan Fikiran Negatif

Kesan Fikiran Negatif

Cara kita berfikir tak sama, sebab otak lain-lain. Ada orang sentiasa berfikiran positif dan ada juga yang suka berfikiran negatif. Apa kesannya fikiran negatif ini kepada kita?

Kesan Fikiran Negatif

Untuk berjaya kita perlu menukar corak kita berfikir dari negatif kepada positif. Apabila kita menolak fikiran negatif, tenaga dari dalam diri kita akan menolak kita untuk bermotivasi dan terus maju ke hadapan.

Memahami Kesan Fikiran Negatif

Kesan fikiran negatif ini akan bertindak balas secara serta merta, apabila kita selalu mengaplikasikan ia dalam kehidupan kita;
  • Ia akan menghalang kita untuk mencapai sesuatu.
  • Membuatkan keadaan kita menjadi lebih teruk.
  • Akan bertambah satu lagi nilai negatif dalam diri kita.
Tiada manfaat yang kita dapat apabila kita asyik fikirkan yang negatif sahaja. Ia hanya akan membuat kita makin ajuh ketinggalan jauh dibelakang mereka yang berfikiran positif.

Kesan Fikiran Negatif

Faktor utama untuk kita tidak lagi berfikiran negatif adalah kerana ia akan menjadi batu penghalang kita unutk mencapai sesuatu. Segala perbuatan kita bertindak balas daripada apa yang otak kita sampaikan. Otak yang negatif adalah duri dalam daging bagi kita semua.
  • Kurang kenyakinan diri.
  • Harga diri lebih rendah.
  • Kebahagiaan dan keseronokan hidup berkurangan.
  • Kurang bertenaga dalam melaksanakan sesuatu.
  • Ketenangan fikiran berkurangan, semua serba tak kena.
  • Agak sukar untuk mencapai kejayaan.
  • Kurang pilihan, sebab banyak fikirkan yang negatif, pilihan kita pun kearah yang negatif sahaja.
Jika setiap hari segala apa yang kita buat adalah negatif, maka hidup kita kan semakin negatif. Bermula daripada cara kita berfikir. jadi berhentilah daripada berfikiran negatif.

Share this:

Disqus Comments