blogger lelaki logo

Wanita Tulang Belakang Lelaki Hebat

7 Komen
Tulang belakang eleman penting untuk manusia berdiri tegak dan megah. Ada perpatah 'lelaki yang hebat berdiri dibelakangnya ada seorang wanita yang hebat'. Lemah tulang belakang, maka rebahlah kita.

Apa yang hebatnya wanita ini sehingga dia menjadi pendorong kejayaan, kehebatan seorang lelaki itu. Adakah dia begitu mahir dalam sesuatu bidang untuk membantu sang lelaki tadi. Jawapannya tidak perlu.

Wanita Tulang Belakang Lelaki Hebat

Wanita itu tidak perlu jadi begitu hebat, tidak perlu mahir segala bidang untuk bantu lelaki jadi hebat. Mungkin wanita tadi cuma seorang suri rumah tangga sepenuh masa, nak tekan papan kekunci komputer pun tergagap-gagap, apatah lagi nak mahir dalam bidang ekonomi atau apa sahaja.

Wanita yang menjadi tulang belakang lelaki yang hebat adalah wanita yang setia membakar semangat lelaki untuk terus berusaha dan berjaya. Dia selalu bersama tak kira susah atau senang, dia akan tetap mendorong lelaki untuk berjaya dalam hidup. Dia begitu memahami lelaki.

Wanita yang hebat adalah mereka yang menjadi teman dikala lelaki sedang dirundum masalah, pinjamkan bahu untuk menangis. Memujuk lelaki untuk tidak berputus asa. Disaat keresahan inilah seseorang yang mampu menenangkan kita amat diperlukan, wanita hebat akan memainkan peranannya disaat ini.

Biar apapun yang terjadi, wanita hebat akan tetap setia mendukung dari belakang. Walau jatuh, dia gagahkan kembali lelaki untuk bangkit kembali. Wanita ini adalah penyokong setia lelaki ini, biarlah apa orang nak kata, namum kesetiaannya tetap teguh bersama dibelakang lelaki.

Namum jangan silap pula, bukan bermakna wanita jadi tulang belakang, jadi si lelaki perlu ikut terlunjuk wanita itu dah lain jadinya. Itu nama 'queen control'.. hehehehe..Wanita yang hebat itu boleh jadi isteri atau ibu atau....

7 Komen untuk "Wanita Tulang Belakang Lelaki Hebat"

avatar

Ada setengah wanita ni, bila berbicara tentang membantu suami dengan menguruskan hal ehwal rumah, terus dianggapnya kita merendah-rendahkan martabat wanita. Walhal, tugas di rumah itu lebih besar manfaatnya dalam membentuk masyarakat maju dalam jangka masa panjang dari sibuk menguruskan syarikat orang sampai urusan rumah tangga sendiri terabai.

avatar

Wanita dalam apa jua memang hebat dalam pengurusan apatah lagi soal memberi semangat pada si suami.

avatar

moral support , kesabaran , kefahaman serta bijaksaan wanita di belakang itu sgt ptg ...

avatar

Harap-harap jumpa lah wanita yang menjadi pembantu/tulang belakang untuk sy capai kejayaan dalam hidup nanti.

avatar

last sekali, atau... ani sambung atau sahabat yang baik :)

Sebenarnya sama2, support each other, barulah lengkap melengkapi :)

avatar

Sangat betul. 50% daripada migrain dan pening lalat seorang [email protected] disebabkan oleh [email protected] Dan 50% kebahagiaan [email protected] juga disebabkan oleh [email protected]~pengalaman..:)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.