blogger lelaki logo

Tips Membuat Simpanan Dana Kecemasan

10 Komen
Tips Membuat Simpanan Dana KecemasanAku pernah sentuh soal pentingnya menyimpan duit untuk dana kecemasan. Aku selalu dengar daripada ramai orang cakap perkara yang sama. Sekurang-kurangnya dana kecemasan kita dapat menampung perbelanjaan untuk tiga hingga enam bulan.

Pernahkah kita terfikir berapa banyak duit yang kita perlukan untuk menyelamatkan perbelanjaan kita lebih satu bulan? Jika kita target mahu buat dana kecemasan untuk 3 bulan, jadi berapakah jumlah duit yang kita perlukan itu? Jangan risau aku ada terbaca tips membuat simpana dana kecemasan, jom pakat kira duit.

Tips Membuat Simpanan Dana Kecemasan

Mula-mula, bahagikan duit kita kepada dua, iaitu berapa bahagian duit anda untuk berbelanja, dan berapa pula bahagian duit yang kita simpan.

Cuba kira berapa peratus yang mampu kita simpan sebulan. Kemudian peratus perbelanjaan dibahagikan dengan peratus simpanan.

Contoh : 

Setiap bulan kita mampu simpan 5%, jadi bermakna kita berbelanja sebanyak 95%. Sekarang bahagikan 95/5=19 bulan. Ini bermakna kita perlukan 19 bulan untuk mengumpul duit bagi menampung sebulan kita punya perbelanjaan.

Masih tak faham? Ini satu lagi contoh. Jika gaji sebulan kita adalah RM1000, kita simpan 5% daripada gaji, sama dengan RM 50 sebulan kita masuk tabung. Manakala perbelanjaan kita adalah sebayak RM950. Tadi kita bahagikan 95 / 5=19 bulan. Sekarang cuba darabkan 50 x 19 = 950.

Fuhh, 19 bulan adalah satu tempoh masa yang lama untuk kita menyimpan duit cuma untuk perbelanjaan sebulan sahaja. Mkaan tahun la baru penuh simpana dana kecemasna kita. Bagaimana pula kira-kira untuk tiga bulan atau 6 bulan, berapa lama pula? Jika untuk dana kecemasan 3 bulan, 3 x 19 = 57 bulan / 4 tahun. Berpeluh juga kita nak menyimpan.

Sekarang cuba kita gandakan peratus simpana kita setiap bulan, naikkan kepada 10%. Jadi, 90% kita guna untuk berbelanja. Cuba bahagi 90 / 10 = 9 bulan, semakin kurang tempoh masa yang perlu kita menyimpan.

Apa yang anda dapat baca atau faham sekarang daripada contoh-contoh diatas. Semakin besar peratus kita menyimpan, semakin pendek masa yang kita perlukan untuk mengumpul dana kecemasan kita. 

Namum dalam pada masa yang sama kita terpaksa berjimat dalam perbelanjaan kita, kurangkan apa yang tidak perlu dalam perbelanjaan kita, masukkan duit pembaziran itu ke dalam dana kecemasan.

Sekian dahulu tips membuat simpanan dana kecemasan, inilah adalah salah satu contoh perancangan perbelanjaan kita. Sediakan payung sebelum hujan, terdengar guruh jangan dicurah air di tempayan.

10 Komen untuk "Tips Membuat Simpanan Dana Kecemasan"

avatar

Buka satu akaun bank khusus untuk dana kecemasan ini dan simpan kad banknya dalam 'peti besi'. Kalau di bawa merata, asyik nak keluarkan sahaja...

avatar

antara cadangan saya..simpan dlm asb atau tabung haji...simpan bwh bantal pon boleh..jika kita ada displin yg tinggi xjadi hal...kena kuatkan semangat la sikit..agar tak terguna...kalau terguna kena topup balik

avatar

Aku pernah menghadapi masalah penyimpanan dana kecemasan dulu sebelum berkahwin.Setelah berkahwin aku berpakat dengan isteri untuk sama-sama potong jumlah amaun dari gaji secara automatik ke Tabung Haji.Bukunya dipegang oleh isteri.
Alhamdulillah.praktisnya berkesan.Tapi yang penting displin ..

avatar

kalau acik pula memang potog bulanan di bank khas ^_^ jadi ada simpanan ketika sengkek

avatar

Perlukan disiplin yang tinggi kalau nak simpan duti sempena dana kecemasan ini. Better simpan di bank. Kalau di rumah, nampak duit mesti nak belanja. hehe

avatar

Terima kasih dan sedang berusaha untuk buat simpanan :)

avatar

Sebelum-sebelum ni memang ada buat emergency funds ni. Tapi sejak dua-tiga bulan ni macam susah pulak nak maintain simpan. Barang makin mahal, nak ejaskan bajet pun dah jadi makin susah dah. Harap kalau barang dah stabil nanti, boleh la kot nak menabung sikit-sikit :-)

avatar

nad sejak keje memang asingkan duit kegunaan harian dengan duit simpanan masa depan atau emergency..alhamdulillah..semuanyer under control

avatar

Assalammualaikum...BL,

susah jugak menabung nie kan... pape kena ambil langkah berjimat,buat simpanan utk masa kecemasan...

mselim3

avatar

yang penting hati kena kuat untuk menyimpan

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.