blogger lelaki logo

Makan Gaji Atau Bekerja Sendiri?

2 Komen
Makan Gaji Atau Bekerja SendiriMakan gaji atau bekerja sendiri mana lebih bagus? Aku sering terdengar ad aorang berdebat pasal hal ini. Masing-masing dengan pendapat sendiri, malah ada yang mendabik dada dengan kelebihan masing-masing.

Makan gaji katanya leceh, takkan boleh buat kita jadi kaya. Cukup bulan dapat gaji, pertengahan bulan dan sesak, hujung bulan duit dah licin poket. Bekerja sendiri, kita jadi bos, tak ada orang nak arah-arahkan kita. Ikut suka kitalah nak sebab ini kompeni kita yang punya.

Bekerja sendiri pula katanya ada masa naik, ada masanya surut. Kena usaha lebih, kalau duk goyang kaki maknanya tak berasaplah dapur dekat rumah. Kerja makan gaji, tipa bulan sudah tentu masuk gaji, tunggu cucuk saja hujung bulan, kerja goyang kaki pun sudah tentu ada gaji masuk nanti.

Kedua-duanya ada pro dan kontra. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Bagi aku tak perlulah nak mendabik dada dan merendahkan antara satu sama lain. Ini soal rezeki, jika semua nak kerja makan gaji, siapa pula yang nak jadi penjual atau peniaga. Jika semua orang nak bekerja sendiri siapa pula yang nak jadi kuli, atau jadi penjawat amam.

Kerja Makan Gaji


  • Masa : Mengikut jadual seperti 8:00 pg - 5:00 ptg
  • Pendapatan Tetap : Setiap bulan gaji yang diterima tetap, dan mungkin ada kenaikan gaji di tahun hadapan.
  • Cuti : Terikat dengan majikan, kadang-kadang terpaksa bergilir-gilir cuti dengan rakan skerja, malah ada juga yang terpaksa dibekukan cuti.
  • Tempat Kerja : Mengikut pejabat majikan, ada juga pekerja yang terpaksa dihantar ke pejabat yang ajuh daripada rumah kediaman.

Bekerja Sendiri


  • Masa : Ikut suka kita, namu harus ada disiplin, jika kita tak pentingkan urusan masa, sila-silpa bisnes kita lingkup.
  • Pendapatan : Berdasarkan keuntungan, jika usaha kita lebih maka lebihlah pendapat kita pada bulan itu.
  • Cuti : Kita boleh sesuaikan sendiri, tiada sesiapa yang hendak menyekat kita untuk bercuti.
  • Tempat Kerja : Bebas ada yang buat di rumah sendiri, ada yang menyewa premis perniagaan.


Bahagian rezeki masing-masing sudah dihidangkan, yang penting kita perlu cari rezeki yang halal. Kalau berniaga dengan cara tipu, tak halal rezeki kita. Jika kerja makan gaji buta, curi tulang, tak halal juga rezeki itu. Itu yang penting.

Kedua-duanya adalah cabang rezeki, jalan yang berbeza, tetapi matlamatnya sama iaiatu duit, mencari nafkah untuk sara keluarga. Soal nak jadi kaya atau tidak bergantung kepada rezeki, tetapi kita semua sudah tahu 9/10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan. Jadi terpulang pada diri kita untuk memilih jalan yang mana hendak kita ikut, berdasarkan kemahiran masing-masing.

Bagi aku kerja makan gaji atau bekerja sendiri itu tidak penting, yang penting adalah halal atau haram rezeki yang kita dapat dan kita mampu menyara ahli keluarga kita.

2 Komen untuk "Makan Gaji Atau Bekerja Sendiri?"

avatar

dua2 nak buat kalau boleh...

avatar

yups betul tu...kalau ada kudrat yg kuat mmg dua2 nak buat.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.