blogger lelaki logo

Lelaki Melayu Kacak

4 Komen
Lelaki Melayu KacakAhh..aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku tulis ini, walaupun kau bukan lelaki Melayu kacak. Namum entri ini harap berguna untuk semua wanita di luar sana untuk memilih lelaki kacak sebagai teman hidup.

Kacak atau dalam bahasa orang putihnya 'Handsome', ianya  sama macam soal cantik, subjek ini sangat subjektif. Setiap orang dengan gaya penilaian sendiri, mengikut selera masing-masing. Ciri-ciri lelaki kacak adalah berbeza mengikut individu. Sama tapi tak serupa.

1. Lelaki Melayu yang kacak adalah lelaki yang kuat pegangan agamanya. Kita semua tahu tanggungjawab seorang lelaki amat berat. Bukan calang-calang tugas yang harus dipikul. Sebagai ketua keluarga seorang lelaki perlu membimbing isteri dan anak-anak. Jika lelaki lemah dalam bab agamanya, maka tak layak untuk dia digelar lelaki kacak.

2. Lelaki yang kacak juga perlu bijak dan matang dalam menghadapi masalah dan kehidupan. Cabaran hidup penuh berliku. Mana ada manusia hidup tanpa ada masalah, kita ini hidup untuk mengatasi masalah. Jadi lelaki yang hebat lagi kacak tidak akan lari apabila berdepan dengan masalah, selesaikan satu persatu dengan bijak.

3. Lelaki panas baran bukanlah lelaki yang kacak. Jika tak kena sikit, nak marah meletup bagai gunung berapi, lepas tu nak pukul perempuan, kau tak kacak 'aku lebih kacak daripada kau!'. Lelaki perlu pandai mengawal emosi, bertindak secara rasional. Jangan marah melulu, apa-apa pun bincang dulu.

4. Lelaki yang kacak mesti penyayang, ambil berat terhadap keluarga. Walaupun sifat lelaki kasar bebanding perempuan, namum sifat penyayang perlu ada. Muka je ketat, tapi dalam hati ada taman beb. Mungkin sukar untuk melihat bertapanya penyayangnya seorang lelaki, mungkin selepas kenal lebih mendalam, baru kita tahu sifat sebenarnya.

5. Lelaki yang rajin berusaha, tidak kiralah apapun pekerjaannya. Itu adalah soal rezeki. Namum jika lelaki yang dianggap kacak disebabkan poket dia tebal, pakai kereta mewah, ada rumah besar, berpangkat besar, boleh belanja makan di restoren mewah. Itu sudah silap. Duit tak membawa ke mana. Lelaki Melayu kacak, mereka yang rajin berusaha dan berjaya jadi kaya. Jika kaya sebabkan harta keluarga...hmmm..itu belum cukup kacak beb.

4 Komen untuk "Lelaki Melayu Kacak"

avatar

aku setuju bro..walaupun aq x kacak sangat tapi aku sokong tang point . Lelaki Melayu yang kacak adalah lelaki yang kuat pegangan agamanya. :P

avatar

setuju sangat..tu namnya baru lelaki kacak..=)

avatar

Assalammualaikum...BL,

nice tips2 nice.. suka baca sambil tersenyum..

mselim3

avatar

mcm comel je tipsnyer.. hiihiii..

sabdapelangi.blogspot.com

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.