Hati Seorang Pengantin

Hati Seorang Pengantin

Terpanggil selepas membaca entri Hati Seorang Pengantin di blog Denaihati. Aku pun ingin berkongsi kisah ketika pra-perkahwinan aku 2 tahun yang lalu.

Aku bertunang tak lama, cuma 6 bulan sahaja tempoh kami tetapkan. Iyalah orang pun selalu cakap tak elok bertunang lama-lama sangat. Selepas bertunang segala persiapan sebenarnya agak kelam kabut, dengan nak cari baju pengantinnya, dengan hantaran serta juga kad kahwin dan sebagainya. Bakal pengantin mesti tahulah situasi disaat genting seperti ini.

Hati Seorang PengantinApa yang istimewanya adalah kad kahwin kami, aku design sendiri. Rekabentuknya mengikut cita rasa buah hati aku. Satu lagi perkara yang istimewa bagi aku dalam majlis perkahwinan itu adalah, mas kahwin, aku berikan dalam bentuk dinar, Dinar Kelantan, lafaz akad nikah pun sebut dinar. Bak kata mak mentua aku ambil sunnah nabi.

Pada awal perancangan, aku bercadang nak buat majlis akad nikah pada hari raya ketiga. Sebulan sebelum tarikh tiba-tiba pak imam pula ada kerja katanya pada tarikh tersebut. Jadi majlis akad nikah aku terpaksa diawalkan seminggu sebelum raya puasa. Jadi aku telah berkahwin dalam bulan puasa, siapa kata bulan puasa tak boleh kahwin, aku dah buat, tapi tak ada kenduri la (nak kena lempang dengan pak imam).

Undur 4 hari sebelum majlis akad nikah. Ketika itu aku dan tunang aku ketika itu konvoi balik kampung untuk buat persiapan. Disebabkan tak berapa nak harap dia memandu seorang diri balik kampung, jadi aku follow dia dari belakang. Semasa kejadian, kami sudah hampir sampai ke rumah tunang aku, namum malang tidak berbau, ketika cuaca panas terik dibulan puasa. 

Entah macam mana, aku boleh berpinar anak mata, ketika aku cuba menbuat u-turn, tiba aku terlanggar seorang pakcik yang bermotorsikal, depan mata, aku lihat pakcik itu melambung tinggi, nasib baik dia tak digilis kereta dari arah bertentangan. Tak pasal-pasal aku kena bayar ganti rugi kepada pakcik itu untuk kos perubatan dan baiki semula motorsikal dia. Melayang duit aku sikit untuk buat persiapan majlis. Namum nasib baik tak menjejaskan majlis aku. Syukur juga tidak terjadi apa-apa yang tidak diingini.

Video Hati Seorang Pengantin



Soal kos perkahwinan zaman sekarang memang boleh buat orang stress. Sampai ada lelaki yang trauma jika sebut pasal kahwin sebab duit tak cukup. Dimana silapnya, bagi aku senang sahaja, kita balik kepada asasnya, dalam Islam perkahwinan itu mudah, tak perlu dengan belanja besar-besaran. Silapnya disini adalah sikap dan tanggapan masyarakat kita. Majlis kahwin cuma sehari.

Pengalaman bakal pengantin ada bermacam ragam, ada bermacam kisah. Kepada yang bakal jadi pengantin semoga berbahagia selalu. Jadi inilah sahaja luahan hati seorang pengantin daripada aku.

Share this:

Disqus Comments