Harga Diri Semahal Tudung

Harga Diri Semahal Tudung

Kalut ribut pasal tudung, bila sentuh pasal tudung orang pun akan sentuh bab aurat. Bagi aku isu ini berpusing dalam lingakaran soal rezeki, bisnes, aurat dan hakcipta. Setiap satunya ada silap dan ada betulnya.

Harga Diri Semahal Tudung

Pihak yang paling terasa adalah tuan punya reka cipta. Aku sokong dia memang ada hak untuk memastikan setiap rekaannya tidak sewenang-wenangnya di tiru oleh pihak lain untuk tujuan mengaut keuntungan. Kita sendiri pun pasti akan terasa terkilan jika entri kita di cilok orang lain. Jadi disini, yang salah adalah mereka yang tiru sebijik macam asal, dan jual untuk mengaut untung.

Pihak yang meniru, mereka kena akui mereka buat silap. Padahal, kalau betul mereka kreatif, boleh diubah rekaannya menjadi lebih bagus daripada rekaan asal. Namum disebabkan mereka tamak, apabila tindakan diambil mereka pula nak melenting.

Ramai yang masih tak faham, bertudung tak semestinya menutup aurat. Sudah ramai ustaz pesan, tatacara menutup aurat yang sebenarnya, tak perlulah aku nak berceramah panjang, pergi tanya ustaz kalau masih tak faham.

Orang kita pun satu hal, mudah terikut dengan fesyen. Tak fikir soal aurat dan sebagainya. Lemah sangat hingga terpedaya. Harga bukan ukuran untuk berfesyen, tetapi jika kita mampu menutup aurat kita itu sudah cukup-cukup mahal, harga diri kita yang perlu mahal.

Dalam perniagaan, kita perlu jujur dan telus. Jangan fikir soal keuntungan sahaja. Dalam Islam pun melarang jika kita bersaing dengan menjual murah barangan yang sama, apatah lagi jika ada monopoli. Dan Islam juga melarang kita jual barangan yang boleh mendatang maksiat serta perkara haram.

Aku menulis bukan untuk menepelak sesiapa, tapi layan dan baca, ambil iktibar jika ada ayat aku yang bermanfaat. Aku pun insan biasa, tak sempurna mana.

Share this:

Disqus Comments