blogger lelaki logo

Diego Garcia : Apa Yang Ada Di Sana?

6 Komen
Diego Garcia : Apa Yang Ada Disana?
Diego Garcia antara topik yang terselit dalam cerita tragedi MH370. Apa yang ada di pulau yang terletak di tengah-tengah Lautan Hindi ini.

Sebelum ini aku pernah terbaca pasal pulau-pulau yang jarang-jarang kita sebut ini, seperti Pulau Diego Garcia, Pulau Natuna serta Pulau Layang-Layang yang berada dalam gugusan Kepulauan Spratlys.

Namum Diego Garcia mungkin lebih istimewa untuk kita kenali lebih rapat, bukan disebabkan pulaunya yang cantik atau terumbu karangnya yang lawa tetapi kerana kini boleh dikatakan ramai sudah tahu di pulau ini terdapatnya pengkalan ketenteraan Amerika.

Diego Garcia : Apa Yang Ada Di Sana?

1. Keluasan Diego Garcia lebih kurang 10 batu persegi, ianya terletak di dalam kawasan Chagos Archipelago. Disekitarnya ada pulau lain iaitu Peros Banhos,Salomon Islands, Egmont Islands. dan Diego Garcia adalah pulau yang terbesar di kawasan ini.

Diego Garcia Apa yang ada disana
2. Penduduk asal di kepulauan ini adalah orang Chagossians (dipercayai terdiri daripada warisan Afrika, India dan Melayu - rujuk wikipedia).


3. Diego Garcia sebenarnya adalah milik British, setelah pihak British membeli kepulauan ini untuk membentuk British Indian Ocean Territory (BOIT). Ia adalah untuk tujuan sistem pertahanan.

4. Bermula pada tahun 1971, Amerika mula menambah kekuatan pengkalan tentera mereka secara berperingkat, sehingga menjadikan Diego Garcia antara pengkalan tentera Amerika yang terbesar.

5. Kedudukan Diego Garcia yang strategik, banyak membantu pihak tentera Amerika dalam mengawal keadaan di rantau ini.  Amerika Syarikat memantau semua bentuk komunikasi dari seluruh Timur Tengah, Afrika Timur dan Selatan Asia, juga dalam usaha memantau nuklear di India dan Pakistan serta untuk menyekat kegiatan pengganas.

6. Dari pengkalan ketenteraan ini jugalah serangan ke atas Iraq dan Afghanistan dilancarkan.

7. Ramai juga mungkin tidak menyangka bahawa pulau ini tidak terkesan semasa berlaku Tsunami di Acheh 2004. Katanya ia disebabkan jurang di kawasan perairan itu yang dalam menyelamatkan kawasan itu daripada terkena kesan tsunami.

Diego Garcia : Apa Yang Ada Disana?
Gambar Diego Garcia 5 hari selepas Tsunami 2004. Sumber

8. Antara kekuatan ketenteraan yang Amerika bina di sini sehingga 2012 adalah :

Diego Garcia : Apa Yang Ada Di Sana?
  • Maritime Pre-Positioning Ships Squadron TWO
  • Branch Health Clinic
  • Naval Computer And Telecommunications Station Far East Detachment Diego Garcia
  • Naval Mobile Construction Battalion Detachment
  • Naval Media Center Detachment Diego Garcia
  • Military Sealift Command Office Diego Garcia
  • Mission Support Facility
  • Fleet Logistics Center Diego Garcia
  • NAVFAC FE
  • 36 MSG Pacific Air Force
  • Det 1, 715th AMOG (AMC)
  • AFSPC Det 2, 22nd Space Operations Squadron (ARTS & GPS)
  • AFSPC Det 2, 18th Space Surveillance Squadron (GEODSS)
  • Additionally, the USS Emory S. Land (AS-39) is forward deployed to Diego Garcia.
Serba sedikit info berkenaan Diego Garcia, pulau yang tiba-tiba sahaja kita kenali secara tak sengaja selepas terjadi misteri kehilangan MH370.

6 Komen untuk "Diego Garcia : Apa Yang Ada Di Sana?"

avatar

macam-macam kisah dengan MH370 nie kan...
semoga di permudahkan urusan...
dan semoga esok tersingkap segala misterinya kehilangan....

avatar

baru tahu ni, Tapi macam manalah boleh ada kaitan mh370 dengan tempat ni.

avatar

Apabila diumumkan mh370 menhala ke selat melaka..ramai yg berspekulasi mh370 telah dibawa ke diego garcia...nk tahu lebih try baca dekat blog denai hati dan blog sppekulasi mh370 yg lain...

avatar

Assalamualaikum.. baru tahu serba sedikit pasal diego garcia ni.. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat mas mh370 bersama kotak hitamnya. sheila singgah menabung digi sini~~~

avatar

Cantik dan strategi Pulau ni.

avatar

semua pasti ada saatnya....saat makmur..saat tumbang...saat senang..saat susah....SAAT HANCUR

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.