blogger lelaki logo

Deja Vu Aku

5 Komen
Deja Vu Aku
Apabila kita sedang berusaha ke arah sesuatu, kearah yang lebih baik. Perancangan kita tak selalunya akan menjadi, oleh itu kita terpaksa bertukar ke plan 'B'.

Ada orang pernah melawak jika plan 'A' gagal, kita masih ada huruf 'B' sampai huruf 'Z' untuk dijadikan plan kita. Jadi jangan berhenti disitu sahaja jika plan 'A' kita telah gagal, boleh sambung dengan plan yang seterusnya.

Bagi aku sendiri, selalunya setiap perkara yang aku rancang, perlu ada sampai 3 plan. Sebab aku dah biasa daripada kecil lagi, setiap kali percubaan pertama kali aku pasti gagal, cubaan kedua juga gagal. Namum selalunya akan menjadi di percubaan ketiga kalinya. Selalu begitu.

Walaupun begitu, setiap kali mencuba, aku tak pernah buat sambil lewa, di percubaan pertama lagi aku sudah berusaha, walaupun dalam hati aku pernah terdetik "selalunya percubaan pertama aku pasti gagal." namum aku tetap mahu mencubanya, dan ternyata ia gagal.

Semangat tidak mati disitu sahaja, walaupun aku sudah menelah aku pasti akan berjaya di percubaan ketiga nanti. Tetapi jika aku tak buat percubaan kedua, macam mana nak jadi percubaan ketiga pula, jadi mahu atau tidak aku akan cuba buat kali keduanya, jelas ia gagal jua.

Di percubaan ketiga selalunya, dalam keadaan aku tidak sedia atau aku sudah tidak kisah kalau percubaan aku ini berjaya atau tidak. Aku mencuba dengan redha, sebagai 'underdog', bukan insan terpilih, dengan penuh rasa rendah diri. Boleh dikatakan aku memang tak mengharap langsung untuk berjaya dalam percubaan ketiga aku.

Namum rezeki itu akan hadir tanpa kita sangka, selagi kita tetap mahu mencuba kejayaan pasti akan datang jua. Bagi aku yang sudah dilatih dengan situasi begitu sejak kecil, membuatkan aku tahu untuk menghadapi setiap percubaan itu dengan cara begitu. Kadang-kadang ia berlaku tanpa aku sedari, namum setelah semuanya berjaya baru aku terfikir, ianya seperti deja vu, kisah yang berulang dalam hidup aku. Kebiasaannya memang begitu dalam hidup aku.

5 Komen untuk "Deja Vu Aku"

avatar

macam dah diprogram untuk buat tiga kali baru berjaya :)
tak apa kalau macam tu... asalkan berjaya juga akhirnya :D

avatar

Deja vu. First aku dengar perkataan ni time tengok filem 'The Matrix'. Tapi, macam tu la kehidupan. Ada masa, perkara yang lepas, kadangkala berulang tanpa dipinta pada kemudian harinya.

avatar

Kadangkala dalam hidup ni di saat kita hampir berputus asa tu lah kejayaan semakin dekat. Sayanglah kalau plan sekerap jalan.

avatar

betul, kita jgn cepat putus asa..

dan planning itu penting. kata omputeh, if u fail to plan, u plan to fail

avatar

InshaAllah. Terima kasih atas motivasi ini bro :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.