Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Cerita Yang Benar Sahaja

Berdusta dalam Islam adalah satu dosa. Apatah lagi jika kita menyebarkan cerita yang tidak benar, lebih teruk jika cerita dalam bentuk fitnah serta untuk melaga-lagakan orang lain.

Namum hari ini berapa ramai daripada kita yang sedar akan hal ini. Soal orang menyebarkan cerita palsu itu satu hal, bagaimana pula mereka yang suka menyebarkan cerita tidak benar.

Terpapar sahaja cerita terkini di status lama sosial, baca pun belum dia terus tekan share. Tak ada rasa sedikit pun terdetik di hati dia nak selidik terlebih dahulu kesahihan cerita itu. Main hentam saja. Baik lelaki, baik perempuan sama sahaja.

Sekarang ia bukan lagi jarang berlaku, boleh dikatakan setiap hari ia berlaku, iyalah zaman serba canggih, ada internet, semuanya dihujung jari, sekali tekan sudah sampai Zimbabwe segala infonya.

Dalam blog aku sendiri sudah beberapa kali mendedahkan beberapa cerita palsu yang disebarkan merata tempat dalam laman sosial serta blog. Ada juga blogger yang main hentam dalam menulis, menyampaikan info.

Ini adalah antara cerita HOAX yang pernah aku dedahkan dalam blog ini.

1. Kisah Sebenar Seorang Budak Ditemui Di Padang Pasir. Baca: Kisah Sebenar Seorang Budak Ditemui Di Padang Pasir.

Cerita Yang Benar Sahaja

2. Kisah Sebenar Disebalik Gambar Budak Syria Tidur Disebelah Kubur Ayah dan Ibu. Baca: Kisah Sebenar Disebalik Gambar Budak Syria Tidur Disebelah Kubur Ayah Dan Ibu.

Cerita Yang Benar Sahaja

3. Merungkai Misteri Banglo Seksyen 2 Shah Alam - Sebenarnya entri ini adalah bagi merungkai daripada mana asalnya cerita pasal rumah sewa itu mula tersebar. Jadi aku cuba selidik, sumber yang paling awal wujud adalah daripada seorang hamba Allah ini, bagi menjawab pelbagai versi cerita yang pernah di tulis di merata tempat. Baca: Merungkai Misteri Banglo Seksyen 2 Shah Alam

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail