blogger lelaki logo

Cara Mengetahui Gambar Original Atau Palsu

5 Komen
Cara mengetahui gambar original atau palsu ataupun sudah di edit. Kita kena selalu berhati-hati dengan gambar, kerana gambar sering menjadi 'mangsa' dalam ledakan media sosial masa kini. Sudah banyak kali kita tertipu dengan gambar palsu yang tersebar

Cara Mengetahui Gambar Original Atau Palsu

Jadi macam mana caranya untuk kita mengetahui samada gambar itu original atau sudah di edit untuk mengelirukan fakta sebenar. Sebenarnya ada begitu banyak gambar yang tersebar di alam maya telah dipalsukan. Dengan pelbagai tujuan gambar tersebut dipalsukan, mungkin untuk menarik perhatian, sekadar untuk suka-suka dan mungkin juga untuk tujuan propaganda membasuh otak kita semua serta unutk menipu jika gambar itu digunakan untuk tujuan bisnes.

Mula-mula sekali kita perlu ada kesedaran dalam diri kita agar merasa curiga dengan segala berita sensasi yang disebarkan di laman sosial terutamanya gambar. Kadang-kadang gambar itu akan diselitkan dengan cerita yang sensasi bagi mengukuhkan lagi gambar yang telah mereka edit, kita yang naif ini akan terus percaya dan tekan butang 'share'.

Cara Mengetahui Gambar Original Atau Palsu

1. Dapatkan url atau link gambar yang hendak kita kenal pasti samaada ia original atau palsu.

Cara Mengetahui Gambar Original Atau Palsu

2. Pergi ke Google Image. Kemudian klik pada icon kamera seperti gambar dibawah ini. ( Anda boleh juga cuba gunakan TinEye )

Cara Mengetahui Gambar Original Atau Palsu

3. Selepas itu akan keluar satu ruangan untuk diisikan dengan URL gambar tadi. Sekarang copy & paste URL gambar yang ingin kita periksa diruangan yang disediakan dan tekan ' Search by image'.

Cara Mengetahui Gambar Original Atau Palsu

4. Dan akan keluar keputusan carian kita seperti dibawah ini. Dengan teliti lihat satu persatu gambar yang dipaparkan, kita mungkin akan jumpa ralat pada gambar tersebut jika ianya palsu. Malah kita juga mungkin akan mengetahui cerita sebenar atau sumber asal gambar tersebut.

Cara Mengetahui Gambar Original Atau Palsu

Sebenarnya cara diatas adalah salah satu cara untuk mengetahui gambar original atau palsu, dan ada banyak lagi cara lain yang lebih 'advance'. Ini adalah cara yang paling mudah dan ringkas, agar kita tidak lagi tertipu dengan gambar yang sudah di edit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

5 Komen untuk "Cara Mengetahui Gambar Original Atau Palsu"

avatar

Sekarang ni semua benda boleh dipalsukan. Kena kaji dulu sebelum percaya.

avatar

Sekarang ni nak trace imej ori or palsu semakin mudah dengan adanya khidmat Google Image.

avatar

pandai permainan dia bro

avatar

Assalammualaikum..bro,

terima kasih atas info nie..

mselim3

avatar

Terima kasih BL, mohon copy paster ye..~akan diberi pautan..:)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.