blogger lelaki logo

Bersabarlah

Sila Komen
BersabarlahSabarlah kita akan terdengar ayat ini apabila ketika kita sedang marah, bersedih atau ditimpa musibah. Makna sabar adalah menahan diri. Setiap insan berbeza pula tahap kesabaran masing-masing.

Untuk menyuruh atau menyebut perkataan sabar itu tersangatlah mudah lagi senang. Namum berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikuli. Sebenarnya ia bergantung kepada batasan tahap kesabaran kita.

Orang yang banyak bersabar ini sebenarnya orang yang sangat hebat. Walau berada di dalam situasi sukar dia masih mampu tersenyum, di dalam hatinya di ulang-ulang perkataan sabar..sabar..sabar ada hikmahnya.

Setiap kali kita diuji, dan kita mampu bersabar dan mengharungi ujian getir dengan jayanya, satu martabat kita dinaikkan taraf. Dan ujian selepas itu pula pasti lebih mencabar, kerapa tahap kesabaran kita sudah semakin tingggi.

Bagaimana kita hendak bersabar walaupun diuji dengan hebat?

Cara untuk bersabarberbeza mengikut keadaan. Apabila kita sedang marah kita perlu bersabar agar tidak bertindak diluar kawalan. Apabila kita bersedih kita perlu bersabar agar dapat melupakan kesedihan itu. Dan apabila kita sedang ditimpa musibah kita perlu bersabar dengan keadaan yang sedang kita hadapi.

Sabar juga sangat subjektif, sebab setiap tidak sama tahap kesabaran dan situasi ujian juga berbeza. Ia sangat bergantung kepada kekuatan dalaman diri sendiri. Ada orang mungkin mengambil masa yang lama untuk reda keadaannya.

Jika kita mampu untuk bersabar jika dapat mengawal emosi dengan bijak. Apabila kita berfikir secara rasional dan positif, walau sesukar mana pun ujian kita akan tabah menghadapinya.

Pengisian rohani kita juga memainakan peranan yang penting. Apabila kita sedar semua ujian ini datangnya daripada ALLAH S.W.T. kita sebagai hamba harus redha dengan apa sahaja ketentuan daripada-NYA.

Jadi pembolehubah untuk kita meningkatkan tahap kesabaran kita adalah menguatkan rohani kita. Jangan dibiarkan ia kosong, agar diri tidak mudah terganggu dengan emosi. Pengisian rohani yang jitu akan meningkatkan lagi tahap kesabaran kita. 

Ia bukan mudah, kesabaran bukannya akan terbentuk dalam masa sehari dua. Kita sendiri yang harus melatih dri kita untuk sentiasa bersabar, walau di dalam apa jua keadaan. Yakinlah orang yang sentiasa bersabar tinggi kedudukannya di sisi ALLAH S.W.T.

0 Komen untuk "Bersabarlah"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.