Antara Minat Dan Mengharap

Antara Minat Dan Mengharap

Antara minat dan mengharap, dimana kedudukan kita di dalam situasi mencari keserasian. Aku diberi kesedaran tanpa diduga oleh seorang pak cik penjual cincin.

Begini kisahnya, pagi semalam aku singgah seketika di sebuah pasar karat. Niat pada mula adalah untuk menemani kawan aku mencari buku sejarah lama. Selalunya memang ada orang akan jual di kawasan pasar karat ini.

Antara Minat Dan MengharapKetika berlegar-legar di sekitar pasar ini, kawan aku ingin betulkan batu cincin pula. Sambil pakcik itu betulkan cincin, sambil dia bercerita, aku dengan kawan aku lebih suka untuk mendengar apa yang dia ingin sampaikan, sebab dari awal perbualan lagi lontaran ayat pak cik ini penuh dengan makna.

Dan ada isi yang dia sampaikan buatkan aku faham sesuatu. Itu ilmu, walau datang secara tidak formal. Jika ada apa sahaja yang tuhan ingin kita dapat, ia akan datang tanpa kita duga. Banyak perkara yang dia cerita, namum aku rasa ada yang tidak patut aku kongsikan, ia bukan untuk perbincangan awam. 

Aku tertarik dengan bab 'antara minat dan mengharap'. Aku cuba cerita secara ringkas dan mudah difahami apa yang telah pak cik itu cerita kepada aku.

Serasi takkan hadir tanpa minat. Kita takkan serasi jika hanya mengharap. Minat yang dipupuk akan membawa kita kepada khasiatnya, daripada apa yang kita lakukan. Jika kita hanya mengharap, niat kita sudah lari, mungkin jauh untuk kita hadirkan rasa ikhlas, apa yang kita lakukan hanyalah untuk mendapat ganjaran atau balasan. Jadi perbuatan kita hanyalah sia-sia.

Aku tak tahu nak berikan contoh yang sesuai untuk cerita ini. Aku ambil contoh dalam dunia blogging. Kita buat blog yang mana datang dahulu, 'minat atau mengharap'. Maksud aku, kita buat blog sebab kita minat menulis blog ataupun kita buat blog sebab mengharap untuk buat duit, kita mengharap untuk jadi popular dan sebagainya.

Betul, aku setuju, kita perlu ada target, bak kata bro Titan kita perlu 'TAMAK', namum jika kita tidak minat, kita tidak akan serasi dengan apa yang kita lakukan. Jika kita pupuk minat yang mendalam, kita akan merasa hasil daripada minat kita itu. Hasilnya mungkin suatu kepuasan yang tiada nilainya, tak semestinya hanya dinilai dengan wang ringgit.

Namum bukan aku kata blogger yang buat duit dengan blog itu tiada minat. Bagi aku sebenarnya blogger itu minat nak buat duit, jadi mereka serasi dengan cara mereka dan platform mereka adalah blog untuk meraih khasiatnya. 

Ia terpulang kepada cara masing-masing untuk mencari keserasian, sebab ada juga orang yang cuba buat duit dengan blog, namum tidak membuahkan hasil.

Aku tak pasti contoh aku ini tepat atau tidak, tapi inilah daripada pemahaman aku. Aku cuba ringkaskan cerita pak cik itu, sebab cerita dia begitu tinggi, aku orang biasa tak mampu nak bercerita macam dia. Jadi adakah anda minat atau mengharap?

Share this:

Disqus Comments