Syoknye Balik Kampung

Syoknye Balik Kampung

Semua orang pasti rasa seronok apabila balik kampung. Apa yang seronok sangat bila balik kampung ni? 

Ada yang cakap seronok sebab dapat berjumpa dengan mak dan ayah,  dapat melepas rindu pada keluarga tercinta. 

Ada orang seronok nak balik kampung sebab dapat bertemu dengan kawan-kawan lama,  dapat berkumpul eratkan semula silaturahim. 

Ada juga yang seronok balik ke kampung kerana dapat mengimbau kembali memori kisah lalu,  kenangan semasa kecil,  ketika kita sedang membesar. 

Ada mereka yang balik ke kampung untuk merasa ketenangan suasana kampung, setelah bosan dengan hiruk pikuk ketengangan di kota. Udara yang segar dan hijau,  sungguh nyaman udara disedut ke paru-paru. 

Walau apa pun jua alasan atau tujuan kita balik ke kampung, percayalah suasananya akan berubah apabila mak dan ayah kita sudah tiada suatu hari nanti. Jadi jangan beri alasan sibuk untuk balik ke kampung, menjengguk mak dan ayah kita. 

Share this:

Disqus Comments