blogger lelaki logo

Siapa Aku Disini?

6 Komen
Masa yang cepat berlalu, setiap detik pantas berlari. Kita yang mengejar, tercungap nafas tersekat di dada. Ya, masa pergi takkan kembali.

Siapa Aku Disini
Kini bukan masanya aku untuk mengenang setiap detik yang sudah berlalu, ada masa dihadapan yang perlu aku hambat sepantas mungkin.

Aku tak mahu tersadung kaki, rebah ke bumi. Namum aku tetap harus berlari, sepantas yang mungkin. Lari, lari dan berlari.

Nilai sesaat kini begitu berharga, jika dibiar ia berlalu.  Bermakna aku sudah rugi. Jika dihitung jumlah pembaziran yang telah aku lakukan selama hidup ini. 

Alamak! tepuk dahi, banyak yang sudah aku sia-siakan begitu sahaja.

Sedangkan yang dunia kita tak terkejar, apatah lagi yang akhirat. Rugi, rugi dan boleh bankrap aku kalau macam ni. 

Takkan di dunia dan di akhirat aku nak jadi miskin, papa kedana, apa yang telah aku buat setelah begitu lama masa, peluang yang telah diberikan, tiada apa yang mampu aku kumpul. 

Seluk saku, habuk pun tarak. Seluk jiwa, kosong, lompang. Mana lagi aku nak cekau.

Merenung jauh ke dalam diri sendiri, siapa aku disini?

6 Komen untuk "Siapa Aku Disini?"

avatar

alhamdulillah . lebih baik sedar drp tidak .

avatar

siapa aku? mengapa aku disini? apakah tanggungjawab ku?

avatar

Semoga kita lebih peka dalam kehidupan dan jangan terlalu dengan duniawi semata-mata.

avatar

Entri muhasabah diri ni. Hmmm.. Hidup ni memang ada banyak persoalan yang perlu dirungkaikan.

avatar

Aku dan kau adalah hambaNYA untuk sama-sama menggapai redha Allah Azza Wajalla :)

avatar

Assalammualaikum...BL,

Tersentuh gak mselim3 menghayati bit-bit entry "Takkan di dunia dan di akhirat aku nak jadi miskin, papa kedana, apa yang telah aku buat setelah begitu lama masa, peluang yang telah diberikan, tiada apa yang mampu aku kumpul. "

Dunia dah miskin kat akhirat pun miskin sedih gak.. byk nya masa yang Allah bagi di dunia ini untuk beramal utk bekalan akhirat sikit pun tak kita ambil peluang .. sedih (insaf diri ini.....).

mselim3

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.