blogger lelaki logo

Punca KDN Larang Buku 'Ultraman The Ultra Power'

3 Komen
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan buku "Ultraman The Ultra Power". Aku pun sebagai salah seorang peminat Ultraman pun rasa terkejut, dan mula mencari puncanya.

Larangan ini akan mula berkuatkuasa mulai 18 Februari mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.
Walaupun cuma sekadar buku kartun Ultraman, jika kita disabitkan kesalahan dibawah akta ini, kita boleh dikenakan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tetapi dimana salahnya Ultraman sehingga buku ini terpaksa diharamkan oleh KDN. Yang pasti ini tiada kaitan dengan kes Ultras Malaya tempoh hari.

Mungkin bagi kita ini isu kecil, tapi jika dilihat dengan lebih teliti, ia boleh membawa kepada kesan yang lebih besar. Terutamanya kepada kanak-kanak. inilah punca kenapa KDN melarang buku "Ultraman The Ultra Power".

Punca KDN Larang Buku 'Ultraman the Ultra Power'

Apabila aku fikirkan balik, memang patut kita pertahankan isu kalimah ALLAH daripada digunakan oleh agama lain di negara kita. Banyak kekeliruan yang akan berlaku.

3 Komen untuk "Punca KDN Larang Buku 'Ultraman The Ultra Power'"

avatar

mrk sengaja mencari isu nih . Islam x kacau pun agama mrk ... mmg perlu pertahankan !

avatar

Memang salah kalau disalahgunakan. Patut dharamkan . Good KDN :)

avatar

Tindakan yang bijak. Jika tugas dijalankan dengan baik, kita pun tak salah bagi pujian. jangan tau kritik saja tanpa beri buah fikiran. Thanks bro share info ni.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.