blogger lelaki logo

Puisi Untuk MH370

13 Komen
Puisi Untuk MH370

Engkau hilang di langit, 
jejakmu berakhir di Lautan Hindi, 
khabarmu sudah ditangisi, 
walau susukmu tak nyata lagi,

Tragedi mu mencabar daya teknologi, 
pakar manusia pun jadi pusing, 
teka teki masih tak selesai, 
soalan ada yang masih belum terjawab,

Dalam kesabaran menanti, 
akhirnya jawapan pilu tiba jua, 
walaupun dari awal sudah di jangka,
perkhabaran sedih jua yang tiba,

Salam takziah buat semua ahli keluarga, 
mohon bersabar dengan ujian perit ini, 
anak kehilangan bapa, 
bapa kehilangan anak,
namum ini semua adalah takdir-Nya.

13 Komen untuk "Puisi Untuk MH370"

avatar

Seribu satu perasaan dan persoalan sedang menyelubungi hati sanubari rakyat Malaysia berkenaan MH370 ni. Semoga dapat dihindarkan dari segala perkara yang buruk.

avatar

Moga dapat bertemu MH370 untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali yang terakhir :(

avatar

:'( ya Allah berilah yg terbaik untuk kami

avatar

sayu baca puisi ini..
semoga dipermudahkan urusan mencri dan menyelamat..

avatar

Assalamualaikum.. sedihnya mengenangkan. semoga Allah SWT mempermudahkan urusan pencarian pesawat dan kotak hitamnya. sheila singgah menabung nissan sini ~~~

avatar

sedih..perit..speecless

avatar

Masih mengharapkan keajaiban berlaku.

avatar

Ia merentap semua hati-hati Rakyat Malaysia.Tapi ada juga bersifat durjana

avatar

spekulasi masih berlegar tentang mh730 ini..

avatar

emosi dan mental terganggu dengan isu ini

avatar

So far TV9 selalu bacakan Al Fatihah untuk nahas kapal ini.Walau tiada hubungan persaudaraan kita tetap rasa sedih atas kehilangan mereka

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.