blogger lelaki logo

Mengenal Diri Sendiri

Sila Komen
Ini bukan sesi suai kenal atau nak berkenalan, kenalkan diri kita siapa diri kita yang sebenar. Pernahkah anda bertemu dengan orang yang selalu bercerita pasal kenal diri sendiri?

Mengenal Diri SendiriAku pernah. Ada kawan aku yang boleh dikatakan rapat jugalah. Aku kenal sejak kecil dari kampung. Tapi kini dia sudah tinggal di kota raya.

Pernah sekali, pada masa itu aku masih tercari-cari lubang pekerjaan. Aku merantau jauh ke kota raya untuk mencari peluang kerjaya. Jadi aku telah menumpang beberapa di rumah kawan aku ini.

Usia dia jauh lebih tua daripada aku. Beza 8 tahun dengan usia aku. Boleh dikatakan aku sudah anggap dia seperti abang aku.

Dalam beberapa hari aku tinggal di rumah kawan aku ini. Dia tinggal bersama 3 orang lagi kawan-kawan dia. Pada hari kedua aku mulai perasan yang kawan aku ini tidak solat.

Dari pengalaman lepas, aku tidak berani nak menegur pasal kawan aku tidak solat ini. Tetapi sebagai seorang kawan terdetik juga hati aku untuk lihat kawan aku tidak lalai.

Pada hati ketiga kalau tak silap aku, semasa solat maghrib. Aku saja-sja ajak kawan aku solat berjemaah dekat surau berdekatan. Saja aku umpan dia. Tapi dia menolak, penat katanya. Jadi aku pun tak jadi pergi ke masjid, aku cuma solat di rumah sahaja.

Selepas selesai solat, sambil-sambil menunggu masa untuk keluar pergi makan. Aku pun umpan dia untuk ajak berborak. Dia masa itu sedang asyik melayan berita.

Aku perasan semasa dia bercakap dengan aku mata dia tak pandang aku, fokus mata dia merenung skrin TV.

Aku sedikit pun tidak buka cerita pasal dia tidak solat, tetapi dia mungkin terasa tadi yang ajak dia solat di surau. Jadi dia yang mulakan dulu cerita bab solat.

Apa dia cakap buat aku rasa terkesima seketika. Dia cakap ada orang cakap dekat dia, tak guna kita solat kalau kita masih belum kenal diri kita sendiri, masih belum kenal siapa itu tuhan.

Aku sedar diri yang sedang menumpang ini. Jadi aku tidak mahu berdebat dengan dia. Aku tidak pasti samaada dia ada belajar apa-apa. Tetapi apabila dia cakap macam itubuat aku terkejut.

Bukankah solat itu wajib? Kenapa kita perlu kenal diri kita sendiri baru boleh kita solat. Kalau macam itu, selagi kita tak kenal diri kita, sampai ke sudah kita tidak solat la jawabnya.

Bukankah solat itu tiang agama? Salah satu rukun Isalm yang wajib kita laksanakan. Kenapa ada orang bercakap seperti itu kepada kawan aku.

Bagi aku kawan aku telah tersilap dalam menafsir ayat orang yang memberitahu dia itu. Kawan aku mungkin tidak pergi belajar seperti orang yang memberitahu itu. Jadi dia tidak faham disebalik ungkapan itu.

0 Komen untuk "Mengenal Diri Sendiri"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.