blogger lelaki logo

Macam Mana Nak Mulakan Bisnes?

11 Komen
Azam aku tahun ini nak buat bisnes. Nak cari duit lebih sikit untuk menampung kos kehidupan yang saban tahun makin meningkat.

Macam Mana Nak Mulakan Bisnes
Sebelum terlaksananya GST tahun depan, jadi aku rasa tahun ini aku kena jalankan cita-cita aku buat bisnes. Tapi macam mana aku nak mulakan bisnes, apa yang perlu aku perlu buat?

Mula-mula sekali aku kena fikirkan adalah:

a). Kesuntukan Waktu - Aku sudah ada kerja tetap, jadi selama 9 jam aku banyak di pejabat. Jadi aku kena fikirkan ruang waktu yang sesuai untuk buat bisnes aku, waktu yang banyak terluang adalah waktu malam dan hari minggu sahaja.

b). Kesempitan Modal - Modal aku tak besar, ada duit simpanan, tetapi itu adalah simpanan untuk masa kecemasan. Jadi aku tidak mahu kacau duit itu.

c). Jenis Produk - Produk apa yang sesuai untuk aku jual. Dan biarlah bersesuaian dengan modal yang aku ada sekarang, serta senang untuk aku berurusan jual beli nanti sebab kesuntukkan waktu.

d). Platfrom Urus Niaga - Dalam kepala otak aku sekarang lebih kepada urus niaga dalam talian ( Jual barang melalui Online ), ini untuk menyenangkan urusan promosi serta untuk urusan jual beli disebabkan masa yang terhad.

e). Khidmat Pos - Kalau aku jual produk berbentuk barangan fizikal, jadi khidmat pos laju memang diperlukan. Jadi aku kena cari mana pejabat pos yang paling dekat dengan aku, supaya senang urusan aku pos barang yang dibeli.


Produk apa nak dijual? Aku sudah ada beberapa cadangan kepada penolong pengurus a.k.a bini aku untuk dijalankan bisnes ketika meeting sebelum tidur (atas katil). Tapi kajian yang lebih teliti pasal produk yang hendak kita jual juga penting, sebab selalu sangat dengar orang cakap "gagal merancang bermakna matlamat kita juga gagal".

Antara yang perlu aku fikirkan adalah :
a) Kualiti produk -  memang penting agar bisnes kita bertahan lama dan orang selalu cari kita sebab kualiti.
b) Supplier produk - biar murah dari segi kos, mudah didapati agar tak terputus bekalan.
c) Harga produk - biar berpatutan.
d) Penghantaran - kalau boleh biar dalam 24 jam sudah berjaya di hantar kepada pelanggan.
e) Promosi - biar gempak dan buat orang hendak beli produk kita.

Produk mestilah yang laris dijual yang selalu orang cari di internet, kalau tak laris macam mana nak cari untung kan. Soal persaingan juga perlu difikirkan, jadi ia perlu unik lain dari yang lain samaada dari segi material, harga dan sebagainya.

Fokus, untuk berjaya kita perlu fokus tak kira dalam apa juga bidang sekali pun. Dalam situasi aku ini, fokus dalam segi masa itu penting, banyak perkara aku kena korbankan, masa untuk lepak kedai mamak waktu malam aku kena kurangkan sikit.

Untuk buat bisnes yang perlu kita fikirkan adalah keuntungan, jadi tiada untung maknya bisnes tak jalan. Kalau boleh aku mahu biar modal untuk berniaga akan meningkat dari semasa ke semasa, biar bisnes aku terus berkembang maju. Jadi duit keuntungan aku kena masukan separuh kedalam akaun mudal bisnes aku.

Sasaran aku, bukan hendak untung yang besar, sekadar cukup untuk menampung perbenlanjaan dahulu. Sebab aku masih dipermulaan jadi tak bolehlah aku nak terus letak sasaran yang tinggi, takut tak tercapai nanti akan buat kita berputus asa.

Kepada yang dah berjaya jadi peniaga tu bolehlah kongsi idea dengan aku yang baru nak bermula ini.

11 Komen untuk "Macam Mana Nak Mulakan Bisnes?"

avatar

Jual produk yang diguna atau dimakan selalu. Contoh macam saya, saya jual tepung cheezy cheese sause yang anak2 saya suka dan dapat permintaan ramai. Yang pasti, produk tu selalu ada repeat order. Nak bisnes, kena banyak2 sabar sebab bukan senang nak senang... Good luck ya

avatar

selamat pagi
singgah pagi

avatar

Kena pandai rancang aliran wang ni..promosi juga perlulah diberikan keutamaan...

avatar

kena byk sabar . kekadang banyak masuk , kekadang langsung x de masuk ...

avatar

kena survey dulu bisnes yg kena dgn jiwa , dgn skill yg ade. kdg2 org tu bole berjaya dgn bisnes A , tapi kita tidak.. so , mmg kena keep asking dulu diri kita mne yang kita boleh buat so that ia tak jadi separuh jalan. *kalau nak sharing2, nk tanya tanya sket psl bsnes , feel free to ask me. insyallah. saya suka bagi idea pd org.. melalui kepakaran , kemahiran yg seseorng tu ade.
http://akuainkausiapa.blogspot.com/

avatar

masih banyak lagi aku kena belajar ni..

avatar

salam semua..

kak zee cerita produk yang memang dah establish dan senang jual .. nk tau detail dan testimoni sila ke blog akak : burberi.blogspot.com

avatar

layari: powerupbisnes.blogspot.com

avatar

Join sy buat bisnes. Modal hanya rm100. Risk free. PM sy 013-5911668

avatar

Join sy buat bisnes. Modal hanya rm100. Risk free. PM sy 013-5911668

avatar

Apa-apa perniagaan pun ada risikonya ;)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.