Lalai Dalam Hiburan

Lalai Dalam Hiburan

Hiburan adalah peneman manusia, cuba tanya sesiapa sahaja sudah pasti semua orang ingin diri mereka dihiburkan. Adakah hiburan itu salah?

Lalai Dalam Hiburan
Aku tak nak jawab soal halal atau haram. Sebab bukan kepakaran aku untuk menjatuhkan hukum.

Lumrah manusia biasa, sudah pastinya inginkan dirinya dihiburkan, dikala diri kesunyian atau bermuram durja. Tetapi bukanlah hiburan itu sehingga melalaikan. Cukuplah sekadar mengeletek hati untuk bergembira seketika.

Jika kita sebut hiburan, ia membawa maksud yang cukup luas, ia bukan sahaja melibatkan muzik atau lagu, televisyen serta konsert. 

Bagi aku melayan kerena anak aku yang kecil bermain pun boleh buat hati aku terhibur. Itu adalah satu hiburan buat aku.

Sebenarnya kita akan mula mencari hiburan apabila jiwa kita mula rasa kesunyian. Jiwa kita kosong. Mungkin dengan mendengar lagu dapat mengisi sedikit ruang yang kosong itu. Walau hanya seketika. 

Itu bukanlah cara yang benar-benar berkesan untuk menghiburkan hati, kerana ia bersifat sementara. 

Sedarlah kita bahawa, hiburan yang sebenarnya adalah apabila kita tidak merasa bosan walaupun kita berseorangan.

Bagaimana kita hendak merasa tidak bosan apabila berseorangan, mungkin ramai orang akan mula rasa gelisah dan gundah. Kerana tiada siapa yang menemani. Tiada teman berbual untuk hiburkan hati yang sunyi.

Mengapa kita harus rasa begitu, jika kita yakin adanya tuhan bersama kita. Memang benar manusia tidak boleh hidup berseorangan, tetapi pada manusia bukanlah tempat yang sepatutnya kita bergantung harap.

Tidak perlu lagi hiburan yang memekakkan telinga, tak perlukan apa-apa jua ubat khayalan sementara lagi.

Share this:

Disqus Comments