Kuasa Ke Atas Kuasa

Kuasa Ke Atas Kuasa

Semakin hari semkain hebat gelombang berita dan spekulasi tentang MH370. Bermacam-macam kisah sudah kita hadap selama 5 hari ini.

Kuasa Ke Atas Kuasa
Masih ramai lagi yang prihatin. Selalu doakan keselamatan dan dipermudahkan segala urusan mencari pesawat MH370 yang hilang. Ada juga pihak yang menganjurkan solat hajat berjemaah.

Ada juga yang penuh rasa tak bertanggungjawab pula, sibuk menyebarkan berita yang tidak sahih, berita palsu. Mereka yang cuba berspekulasi. 

Namum yang kau rasa paling tidak patut adalah kehadiran bomoh yang mencuri tumpuan ketika seluruh dunia menantikan berita tentang MH370.

Seluruh dunia melihat gelagat bomoh ini, dengan teropong ajaibnya, dengan tikar terbangnya. Sudah macam cerita Laksamana DO RE MI. 

Aku lebih suka bersangka baik, mungkin niat bomoh ini baik untuk membantu, tetapi ini bukan kecil punya hal, seluruh dunia sedang tertumpu pada kita. 

Bukan aku tidak percaya kepada perkara ghaib, itu wajib kita percaya. Tetapi ini bukanlah caranya, dengan menggunakan bomoh bukanlah caranya untuk kita percaya kepada perkara ghaib. 

Kuasa ghaib atau kuasa apa sekalipun, semua itu di atas kuasa ALLAH S.W.T.. Kuasa yang melampui segalanya, walaupun dengan teknologi tercanggih yang manusia cipta.

Aku tertarik dengan ungkapan daripada Kapten Norudin Abd. Majid. 

Kuasa Ke Atas Kuasa

Sejauh mana manusia maju, namum masih belum mampu menandingi bertapa hebatnya 'teknologi' Yang Maha Kuasa.

Kita masih menanti dengan harapan, kita juga perlu bersabar, jangan tergopoh gapah dalam menyebarkan berita, semua orang hendak jadi 'wira papan kekunci', tapi ingat jika fitnah yang kita sebarkan, nanti ada balasannya.

Share this:

Disqus Comments