Jawi Yang Dilupakan

Jawi Yang Dilupakan

Sudah lama aku terbayangkan, apa akan jadi jika semua blog berbahasa Melayu menggunakan tulisan jawi. Sudah tentu sungguh berlainan rupanya.

Jawi Yang DilupakanAda, walaupun sedikit, bukannya terhapus terus tulisan jawi dizaman sekarang, tetapi cuba kita tanya berapa ramai daripada anak generasi sekarang yang boleh membaca dan menulis jawi dengan lancar.

Sayang warisan kita dilupakan begitu sahaja. Malah lebih teruk hari ini seakan tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengangkat kembali tulisan jawi.

Sungguh malang, sedangkan bangsa lain seperti cina dan india masih berbangga dengan tulisan mereka, tetapi kita orang melayu terus tenggelam, tulisan jawi terus dipinggirkan.

Aku pernah mengikuti pameran disekolah-sekolah, pernah aku bawa tulisan jawi untuk dipamer dan dibaca oleh pelajar. Kebiasaanya aktiviti pameran ini aku akan suruh pelajar baca jawi dengan lancar dan aku akan berikan hadiah jika berjaya.

Syukur, masih ramai anak Melayu yang boleh membaca jawi, malah ada pelajar daripada kaum lain yang berminat, dan suruh aku bacakan untuk mereka tulisan jawi itu. Aku terasa sangat puas sebab dapat bacakan tulisan jawi untuk bangsa lain.

Ada seorang kawan aku yang lebih hebat, betul-betul sifu, siap ada bangsa Cina panggil dia untuk buat terjemahan tulisan jawi kepada tulisan rumi untuk tujuan penyelidikan. 

Tulisan jawi zaman dahulu lagi sukar untuk dibaca, malah aku sendiri pun merangkak-rangkak nak habiskan baca satu perenggan.

Aku tak kata orang Melayu sudah tidak pandai baca jawi, aku tahu masih ramai yang boleh baca jawi. Tetapi penggunaan tulisan jawi begitu kecil sekali peratusannya dalam kehidupan kita hari ini.

Selalunya tulisan jawi hanya akan digunakan jika berkaitan urusan agama.

Sampai bila tulisan jawi ini akan bertahan, mungkin generasi akan datang sudah tidak kenal lagi atau sudah tidak tahu membaca tulisan jawi lagi.

Share this:

Disqus Comments