Jalan Mana Yang Kau Pilih

Jalan Mana Yang Kau Pilih

Tanpa arah tujuan, hidup kita ibarat tersesat tanpa kompas. Kita hilang punca, jalan mana yang harus kita tujui, kita pasti akan keliru.

Laluan yang sempit, pasti tak ramai yang ingin bersusah payah melaluinya. Lagipun, ia bukan sahaja sempit malah adakalanya berliku dan berduri, siapa sanggup, dia memang hebat.

Jalan ada banyak jalan, ada jalan dekat, ada jalan jauh. Cuma perlu dipastikan destinasinya adalah sama. Jangan tersalah jalan, tersesat tak sama pula destinasinya nanti.

Di jalanan ini, kita sedang berlumba. Perlumbaan dengan waktu, semoga cukup mileage sebelum tiba saatnya kiamat kecil.

Share this:

Disqus Comments