blogger lelaki logo

Ikhlas Bila Buat Kerja

3 Komen
Ikhlas ramai yang reti sebut tapi tak ramai yang reti buat. Ikhlas bukan dapat kita lihat dengan mata kasar, hanya tuan punya diri dan Allah jualah yang tahu bertapa keikhlasannya.

Ikhlas Bila Buat Kerja
Selalu kita dengar ayat ini bukan " Ambillah , saya ikhlas nak belanja ni". Tapi macam mana kita nak tahu dia betul-betul ikhlas atau tidak?

Ada juga mereka yang jenis suka menpertikaikan keikhlasan orang lain.

Bagi pendapat aku, kita tidak sepatutnya menilai seseoarang itu ikhlas atau tidak. Biarlah tuhan sahajlah yang tahu dan menilainya, jika betul ikhlas niatnya maka tuhan sahajalah yang akan membalasnya.

Soal ikhlas ini soal hati siapa yang dapat melihat ke dalam hati orang lain. Sungguh hebat orang itu jika sampai tahap dapat tahu apa yang terdetik dalam hati orang lain.

Lagipun agama kita menegah kita daripada bersangka buruk terhadap orang lain, namum dalam masa yang sama sikap berhati-hati juga perlu ada. Macam mana agaknya kita nak buat tu, tak nak fikirkan yang negatif, tapi nak berjaga-jaga?

Cerita Tentang Ikhlas

Ada satu cerita yang aku pernah dengar, mungkin anda pun pernah mendengarnya. Ceritanya lebih kurang begini.

Pada satu hari, ada seorang guru ingin mengajarkan anak muridnya tentang ikhlas. Lalu anak muridnya mahu menyediakan pena dan kertas untuk mencatat ilmu daripada gurunya.

Namum gurunya kata tidak perlukan pena dan kertas tetapi sudah memadai dengan hanya bawa satu karung guni yang kosong. 

Lalu guru itu mengajak anak muridnya pergi ke pasar.

Dalam perjalanan mereka berdua ke pasar, guru tadi menyuruh anak muridnya sambil berjalan sambil mengisi karung guni tadi dengan batu, hingga penuh kata guru itu, lalu anak murid itu pun dengan taat mengikut sahaja apa yang disuruh oleh gurunya.

Apabila tiba di pasar, mereka tidak membeli apa-apa, guru itu hanya membawa muridnya meronda-ronda di sekitar pasar.

Ada kawan murid itu yang menegur dengan mengatakan bahawa, banyaknya barang telah dibeli sehingga penuh satu guni. 

Ada juga yang kata mereka berdia ini oranga kaya kerana mampu beli banyak barang dipasar. dan ada juga orang di pasar itu berkata bahawa murid ini mungkin akan adakan kenduri besar.

Setelah itu guru tadi mengajak anak muridnya pulang. Setelah sampai di rumah, murid tadi bertanyakan apa yang hendak dibuat dengan batu penuh karung guni ini.

Jawab guru itu ringkas sahaja, "Tak buat apa-apa". Murid itu merasa kesal dan berkata kepada gurunya "Kalau begitu, penatlah sahaja saya mengalas karung guni yang penuh dengan batu tadi."

Lalu gurunya menjawab, penat memanglah penat, tapu murid itu sudah belajar tentang ikhlas.

Apa muslihat guru itu dengan mengajar muridnya tentang ikhlas tetapi disuruhnya pula memikul karung guni yang berat diisi dengan batu.

Batu-batu itu tadi diibaratkan dengan riak. Amal yang tidak ikhlas umpama mengalas batu yang berat tadi. hanya untuk dipuji oleh orang lain. Amalan itu tiada nilai disisi Allah S.W.T. Jadi amalan tadi hanya sia-sia dan hanya mendapat penat sahaja.

3 Komen untuk "Ikhlas Bila Buat Kerja"

avatar

sebolehnya haruslah ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan...

avatar

Bab ikhlas ni... memang sangat berat... kalau tak melalui latihan dan ujian, payah nak faham erti ikhlas... apa-apa pun cerita ni pastinya membantu sesiapa sahaja yang ingin menikmati keikhlasan, insyaAllah...

avatar

Ikhlas dalam segala-galanya. Amin ~

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.