blogger lelaki logo

Headline : Misteri Kehilangan Pesawat MH370

3 Komen
Nampaknya tragedi pesawat MH370 yang hilang setelah berlepas dari KLIA menjadi perbualan hangat hingga dimuatkan di 'frontpage'.

Misteri Kehilangan Pesawat MH370
Berita tragedi ini nampaknya menarik perhatian seluruh dunia kerana para penumpang yang menaiki pesawat MH370 itu terdiri daripada pelbagai negara.

Lebih-lebih lagi kehilangan pesawat MH370 ini pula begitu misteri, pesawat hilang tanpa dapat dikesan oleh radar.

Walaupun banyak aku dengar spekulasi yang dikeluarkan daripada pelbagai pihak, namum berita yang sahih tetap aku tunggu daripada Kerajaan Malaysia yang akan diumumkan.

Dan sebagai muslim harap kita semua berdoa untuk keselamatan dan dipermudahkan segala urusan mencari pesawat MH370 ini. 

Misteri Kehilangan Pesawat MH370
Hentikan spekulasi melampau, jaga hati para ahli keluarga mangsa yang terlibat. Sekarang bukan masanya unutk mencari salah siapa.

Aku respek dengan penyokong Lions XII yang juga turut menunjukkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa pesawat MH370, dalam pertemuan bertemu Kelantan, di Stadium Jalan Besar ( Lions XII tewas 1-2 ).




3 Komen untuk "Headline : Misteri Kehilangan Pesawat MH370"

avatar

mmg semua tmpt org ckp fasal ni jer

avatar

Yup..betul tu..selagi belum ada jawapan yang pasti, dah la timbulkan konspirasi lagi...

avatar

saya setuju sangat. memang menjadi headline isu ini

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.