blogger lelaki logo

Disebalik Kisah Pengasas WhatsApp

6 Komen
Kita semua sudah tahu Facebook sudah membeli WhatsApp dengan nilai $19Million. Namum tahukah kita kisah disebalik kehidupan pengasas WhatsApp?

Disebalik Kisah Pengasas WhatsAppSejarah hidup Jan Koum, pengasas WhatsApp ini tidak seperti tokoh teknologi yang lain seperti Mark Zuckerberg (anak kepada pasangan doktor gigi), Bill Gates (secara teknikalnya adalah seorang jutawan sebelum beliau membina Microsoft pada tahun 1975), dan Larry Page pengasas Google (anak kepada professor).

Jan Koum dibesarkan di Ukraine, bayangkan rumahnya semasa itu tiada pemanas air. Malah ibubapanya juga jarang menggunakan telefon kerana takut perbualan mereka dipintas oleh pihak kerajaan. Sebab itu Koum lebih mementingkan perlindungan maklumat peribadi dalam aplikasi WhatsApp.

Lebih menyedihkan ketika Koum berusia 16 tahun, keluarganya terpaksa berpindah ke Mountain View. Tinggal disebuah apartment kecil yang cuma ada dua bilik. Sebelum sempat berpindah, ayah Koum telah meninggal dunia pada tahun 1997.

Bagi menampung kos sara hidup, emak Koum telah bekerja sebagai pengasuh bayi, manakala Koum pula turut membantu dengan bekerja sebagai tukang cucui disebuah pasaraya.

Kisah duka Koum tidak habis disitu, emaknya pula disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia pada tahun 2000.

Dalam usia 18 tahun Koum telah mula belajar tentng komputer dengan membeli buku-buku berkaitan komputer di kedai buku terpakai.

Beliau juga pernah menyertai kumpulan hacker 'Woowoo', serta pernah mencuri masuk server Silicon Graphics. Beliau juga kerap berbual dengan Sean Fanning, pengasas Napster di chat IRC.

Koum kemudian itu melanjutkan pelajarannya di Universiti San Jose, dan bekerja sambilan sebagai penguji keselamatan di Earnt & Young, di sinilah Koum telah bertemu dengan Brian Acton (co-fuonder WhatsApp).

Enam bulan selepas itu Koum bekerja pula di Yahoo sebagai jurutera infrastruktur, dan beliau masih lagi belajar di universiti. 

Namum dia tidak dapat memberikan komitmen yang penuh untuk bekerja dalam masa yang sama masih belajar. Koum telah membuat keputusan untuk berhenti belajar dan pengajiannya tidak habis.

Selama 9 tahun Koum dan Acton bekerja di Yahoo sehingga pada tahun 2007, Koum dan Acton telah berhenti kerja di Yahoo. Mereka sebenarnya merasa bosan dengan projek Panama, projek ini sebenarnya adalah satu platform pengiklanan di Yahoo. Dengan bekalan $ 400,000 wang simpanan di bank, mereka telah mengembara ke Amerika Selatan.


Lahirnya WhatsApp


Sebenarnya selepas 2 tahun mereka meninggalkan Yahoo, kehidupan mereka tidak berkembang. Namum dalam tahun 2009 telah membuka lembaran baru buat Koum apabila mual terfikir untuk mencipta aplikasi WhatsApp.

Disebalik Kisah Pengasas WhatsApp
Idea untuk mencipta WhatsApp sebenarnya adalah akibat daripada Koum yang rasa bosan dengan aplikai Skype kerana sering beliau terlupa password. Jadi bagi mengatasi masalah itu Koum mula terfikir untuk mencipta satu aplikasi yang hanya memerlukan nombor telefon sebagai ID penggunanya.

Koum telah mendapatkan khidmat Igor Solomennikov (seorang pembangun aplikasi di RentACoder.com) untuk menghasilkan aplikasi WhatsApp.

Koum dengan pantas telah mendaftarkan syarikat WhatsApp Inc di California, bersamaan dengan tarikh lahir pada 24 Februari 2009. Sebenarnya semasa pendaftaran ini aplikasi WhatsApp masih beum dicipta lagi.

Pada awalnya aplikasi WhatsApp tidak begitu menjadi dan seringkali tersekat-sekat dan 'hang'. Koum mula rasa kecewa dan terfikir untuk mula mencari kerja semula.

Selepas Koum menghubungi kawannya Acton yang ketika itu baru sahaja ditolak oleh Facebook dalam usahanya beliau mendapatkan pekerjaan. Koum mula menceritakan berkenaan ideanya membina aplikasi WhatsApp. Idea itu telah diterima baik oleh Acton.

Koum dan Acton mulakan memperbaiki aplikasi WhatsApp. Mereka telah menyewa sebuah sudut kecil untuk dijadikan pejabat yang mana disitulah juga adanya pejabat Evernote.

Pada Oktober 2009, Acton telah berjaya menarik 5 orang rakannya bekas pekerja Yahoo untuk melabur dalam projek mereka, dengan jumlah pelaburan $250,000.

Hasil titik peluh mereka mula membuahkan hasil pada awal tahun 2010, apabila mampu menjana keuntungan $5000 sebulan dengan stabil. pada masa itu aplikasi WhatsApp banyak digunakan oleh pengguna iPhone yang menggunakan WhatsApp untuk menghubungi pengguna Blackberry.

Pada tahun 2011, aplikasi WhatsApp terus berkembang apabila berjaya menjadi popular dan menduduki carta top 20 di App Store. Pada masa ini mereka tetap tidak mahu masukkan iklan dalam aplikasi WhatsApp.

Kejayaan WhatsApp diteruskan lagi apabila menarik minat Sequioa untuk melabur sebanyak $8 juta. Dua tahun berselang, kedudukan WhatsApp semakin kukuh, Sequioa telah menambah lagi perlaburan mereka meningkat kepada $50 Juta. dan telah membuatkan aplikasi WhatsApp bernilai $1.5 Billion.

Kini Koum dan Acton telah menjadi kaya raya selepas Facebook bersetuju untuk membeli WhasApp dengan nilai $19 Billion.

6 Komen untuk "Disebalik Kisah Pengasas WhatsApp"

avatar

Rezeki Allah.. mmg datang tanpa kita duga... blh dijadikan sumber inspirasi.. :) :)

avatar

tapi sayanglah dia dah jual pada zionis...

avatar

Terima kasih atas info berguna ini.

avatar

we read their stories and how they can sell to zionist. yet we haven't wake up to create our own apps.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.