blogger lelaki logo

Cerita Isi Dan Kulit Durian

4 Komen
Durian tanpa kulit, ada ke tidak pohon durian yang mengeluarkan buah tanpa kulit dalam dunia ini. Jikalau ia berlaku memang betul-betul pelik, ia kejadian yang amat luarbiasa.

Cerita Isi Dan Kulit Durian
Dalam proses untuk menbuahkan sebiji durian yang lazat lagi menyelerakan. Ia berlaku dalam aturan dan proses yang ditetapkan. Pohon durian itu akan berbunga, selepas barulah terhasilnya sebiji durian yang terus membesar sebelum masak ranum dan gugur ke bumi. 

Tetapi zaman sekarang ada juga buah durian yang belum lagi masak ranum sudah awal-awal lagi dipetik dari pohonnya.

Mana ada buah durian terhasil sebelum ia berbunga. Isi durian yang sedap dan gebu itu pun pada awalnya masih keras dan langsung tidak sedap untuk dimakan.

Jadi isi durian seharusnya berterima kasih kepada kulit durian kerana telah melindungi isi, sejak dari putik hingga ke masak ranum. Tanpa kulit tadi, masakan isi itu akan jadi seelok itu.

Tak dinafikan ada juga masanya, kulit tidak mampu melindungi isi durian daripada digigit tupai, habis isi durian rosak, sudah tidak boleh di makan lagi.

Dalam sebiji durian, kulit dan isi itu memang saling memerlukan, kedua-duanya amat penting. Namum apabila kita makan durian, apa yang akan kita puji? Isi atau kulit durian itu, sudah tentu kita puji isinya yang sedap. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang puji sedapnya kulit durian ini.

Tapi jarang-jarang sekali pasti kita dengar juga ada orang cakap, lawa duri kulit durian ni, tentu isinya pun sedap, tapi sedap atau tidak isi durian itu, kenalah rasa terlebih dahulu. Jangan nilai daripada kulit sahaja.

4 Komen untuk "Cerita Isi Dan Kulit Durian"

avatar

samalah juga dengan manusia kan, cantik di luar tak semestinya cantik di dalam, cantik di dalam tak semestinya cantik di luar...

avatar

Assalammualaikum...BL,

benar BL.. menilai durian.. terletak pada isi durian yang sedap bukan pada kulit durian yg cantik.. BL kalau nak nilai manusia macam mana tu?hehe

mselim3

pls: pertanyaan tu...jawab2 jgn x jawab..

avatar

untuk menilai manusia..bukan hak kita bro...itu rahsia diri dan tuhan...jadi jgn bersangka buruk dgn orang....tapi kita pun boleh nilai sendiri orang itu dgn kenal rapat dgn orang tersebut...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.