Cara Nak Simpan Duit

Cara Nak Simpan Duit

Duit atau wang memang sama maksudnya, cuma yang menbezakannya adalah cara kita simpan duit kita, setiap orang ada cara masing-masing.

Cara Nak Simpan Duit
Siapa masih ingat cara nenek kita dulu yang simpan duit bawah bantal, tak pun dia main selit dekat mana-mana tempat.

Tapi zaman sekarang ada lagi ke orang buat macam ni, sebenarnya cara nenek aku ni tak berapa nak praktikal, sebab banyak juga duit dia yang pernah aku tapau, sebab dia sendiri pun lupa dia letak dekat mana duit dia...ampunkan cucu nek.

Boleh katakan aku ada dua cara simpan duit. Atau dalam bahasa yang lebih susah, ada dua kaedah simpan duit. Macam mana tu? dengar sini.

Cara Simpan Duit #1

Aku simpan setiap bulan 10% daripada gaji aku. Secara tetap, setiap bulan aku masukkan duit untuk aku simpan ini dalam akaun simpanan aku.

Dalam usaha kita nak simpan duit, disiplin yang tinggi amat diperlukan. Adakalanya ekonomi gawat juga, namum selagi mampu, aku takkan kacau duit simpanan aku. Kena tabahkan hati beb, jiwa mesti mau kering.

Simpan duit ini bukan untuk jadi kaya, duit simpanan ini adalah untuk kita gunakan semasa kecemasan, keadaan terdesak.

Ataupun kita simpan duit untuk beli barang yang agak mahal, ini adalah untuk elakkan kita daripada berhutang.

Cara Simpan Duit #2

Aku ada satu tabiat sejak dari kecil, iaitu menabung duit syiling. Setiap hari pasti ada baki duit syiling yang aku akan masukkan dalam tabung, sampai sekarang dah berbini pun.

Sekali dengar bunyi macam sikit. Tapi lama-lama jadi bukit juga der. Pernah aku cash out duit syiling aku sampai RM 300. Aku sendiri pun tak sedar duit syiling aku dah banyak macam tu.

Sebab aku setiap hari ada banyak baki duit syiling, sebab aku tak suka guna duit syiling untuk membeli, entah kenapa, penyakit keturunan kot. Nak pergi tandas pun jarang sekali aku hulur duit syiling.

Jadi balik sahaja ke rumah, aku akan terus isikan semua duit syiling itu dalam tabung aku.

Selepas aku tukarkan duit syiling ini, akhir sekali duit ini aku masukkan jugak dalam akaun simpanan aku tadi.

Seronok sebenarnya hobi menyimpan duit ni. Selepas beberapa lama kita menyimpan duit, kita tengok jumlahnya yang banyak, terpancar rasa kepuasan diwajah. Apa tunggu lagi, jomlah simpan duit.

Share this:

Disqus Comments