Cara memohon Rumah Skim MyHome 1 April 2014

Cara memohon Rumah Skim MyHome 1 April 2014

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) akan dibuka bermula 1 April 2014. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan bermula tarkih tersebut.

Skim MyHome yang pertama kali diperkenalkan ini hanya menperuntukkan 10,000 unit rumah mampu milik dengan peruntukkan dana sebanyak RM 300 juta.

Namum begitu kepada mereka yang ingin memohon perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jika anda layak, jangan ketinggalan untuk merebut peluang ini, kerana jumlah yang ditawarkan adalah terhad.

Jom baca : Contest Review Lynk.my 2015

Cara memohon Rumah Skim MyHome 1 April 2014

Antara syarat kelayakan untuk memohon Skim MyHome adalah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pembelian adalah rumah pertama
  4. Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
  5. Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli

Manakala ada 2 jenis Skim MyHome, iaitu:

My Home 1:
Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000

My Home 2:
Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah
Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu dengan muat turun borang permohonan melalui laman web Jabatan Perumahan Negara atau boleh juga dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (seluruh negara). Borang permohonan dibuka pada 1 APRIL 2014.

Laman Web Jabatan Perumahan Negara : http://ehome.kpkt.gov.my

Jika anda inginkan sebarang maklumat lebih lanjut boleh juga menghubungi Pusat Panggilan MyHome:

03-8891 4322
03-8891 4317
03-8891 4313

Share this:

Disqus Comments