blogger lelaki logo

Biodata Kapten Norudin Abd Majid

6 Komen
Nama Kapten Norudin Abd Majid menjadi sebutan seiring dengan isu kehilangan pesawat MH370. Siapakah Kapten Norudin Abd Majid sebenarnya?

Biodata Kapten Norudin Abd Majid
Kapten Norudin menjadi popular selepas keluar di kaca televisyen dalam satu sesi temuramah di TV3. Jawapan yang dilontarkan oleh kapten berjaya memukau seluruh rakyat Malaysia.

Ungkapan kata-kata daripada kapten sungguh hebat, membuatkan kita tersedar dari lamunan seketika. “Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.” Kata-kata yang menyedarkan kita siapa yang lebih berkuasa.

Biodata Kapten Norudin Abd Majid

Nama sebenar beliau adalah Norudin Bin Abdul Majid, umur 53 tahun (lahir pada tahun 1961). Beliau juga merupakan bekas pelajar MRSM Kuantan, tahun 1978. Kiranya beliau adalah diantara pelajar perintis kepada MRSM Kuantan. 

Sebenarnya bekas pelajar MRSM tahun 1978 telah melahirkan ramia orang ternama yang hebat kini diantaranaya ialah Roslan Aziz (komposer muzik), Rosdin Razali (Military Pilot, TUDM) dan Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly (CEO Celcom) serta ramai lagi bekas pelajar MRSM Kuantan ini yang menjadi orang yang hebat. Boleh rujuk disini.

Kapten Norudin merupakan bekas Bekas juruterbang B777 Fleet, Malaysian Airlines (MAS), dan beliau juga adalah CEO Jet Premier One. Jet Premier One ini sebenarnya menguruskan jet peribadi VVIP di Malaysia termasuklah jet peribadi Perdana Menteri Malaysia.

Kapten juga telah mengikuti Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi Sebab itulah, setiap kata-kata beliau sungguh bermakna.

Jika kita fikirkan kembali, tragedi MH370 banyak membuka mata kita, secara tak sengaja juga 'Kapten Norudin Abd Majid' telah dihantar kepada kita untuk menyedarkan semuanya. 

6 Komen untuk "Biodata Kapten Norudin Abd Majid"

avatar

Memang hebat beliau. Segala ucapan beliau membuat ramai yg tersedar dari mimpi dan terlalu mengejar duniawi

avatar

Sebelum ini aku tidak pernah mendengar tentang kapten norudin. Dalam sungguh maknanya.

avatar

saya juga mengikuti cerita beliau ... memang hebat .

avatar

sebelum ini memangtak pernah kenal beliau..selepas di interview barulah tahu siapa beliau

avatar

beliau ini memang hebat. Agamanya pun kuat

avatar

Betul, jawapan beliau memang amat memukau dan itulah yang kita patut terima

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.