Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Apa Masalah Mereka

CNN & Fox News

Sejak tragedi MH370, media ini bertubi-tubi menghentam negara kita. Membuat tuduhan yang tidak berasas. Malah ada info yang disampaikan mereka tidak tepat.

Dendam apa yang mereka ingin balas terhadap negara kita. Nampak macam bersungguh sangat mereka memburukkan imej negara kita. Apakah agenda disebalik semua ini.


Keyboard Warriors

Setiap kali ada isu panas, golongan keyboard warriors ini tidak pernah sepi menaip papan kekunci dengan segala pendapat dan luahan mereka. 

Apa Masalah Mereka

Jikalau maklumat yang tepat serta membantu tak mengapa, namum ia lebih kepada spekulasi yang faktanya masih belum terbukti. Mereka sentiasa mahu menang, kalau di tegur kita pula dimarahnya.

Aku rasa dalam kes MH370 tak perlulah dikaitkan dengan agenda politik, memang tak kena langsung.

Media Sosial

Kini era ledakan media sosial, ada bermacam-macam lama media sosial yang tumbuh. Penggunanya juga berjuta-juta orang. Dari itulah munculnya bermacam-macam ragam.

Yang bersimpati dengan tragedi MH370 itu pun ramai, boleh dikatakn majoriti yang melahirkan ras simpati serta tak henti-henti berdoa.

Namum ada juga yang terselit yang buruknya, tanpa rasa belas ihsan, sesuka hati lontarkan kata-kata sehingga menyakiti hati ahli keluarga mangsa tragedi MH370.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail