blogger lelaki logo

Trend Bunuh Kanak-Kanak

3 Komen
Nampaknya trend bermusim di Malaysia tiba lagi, jika tahun lepas kes tembak mati orang menjadi trend, tahun ini pula Malaysia trending dengan kes bunuh kanak-kanak.

Mungkin statistiknya tidak seteruk kes tembakan tahun lepas, namum ia lebih kejam kerana ia melibatkan kanak-kanak. Mana hilang perikemanusiaan mereka semua.

Pada tahun 2009 - 18 kanak-kanak menjadi mangsa, 2010 - 21 orang, 2011 - 31 orang selepas itu ada sedikit penurunan pada 2012 - 26 orang dan turun sikit lagi pada 2013 - 24 orang. Dan tahun ini sudah mencatatkan 2 kes bunuh terhadap kanak-kanak, salah satunya kes kanak-kanak 2 tahun yang dibunuh di Dungun, Terengganu.

Trend Bunuh Kanak-Kanak

Apa yang menyedihkan adalah apabila kanak-kanak ini menjadi mangsa orang yang dikenali, seperti ahli keluarga mereka sendiri, dan mereka yang rapat dengan ahli keluarga. Serta ada juga beberapa kes yang melibatkan pengasuh.

Apa juga alasan yang diberi, seakan tidak masuk akal kerana apalah dosa kanak-kanak tersebut sehingga di perlakukan sedemikian rupa.

Hilang akal dan pertimbangan waras seorang manusia, mereka dirasuk syaitan untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

3 Komen untuk "Trend Bunuh Kanak-Kanak"

avatar

YA Allah teruknya.. kes-kes seperti ini semakin banyak

avatar

Assalammualaikum...BL,

bukan apa.. tekanan kos sara hidup , sebab tekanan perasaan dan jiwa yg tak stabil. Bila jiwa tak stabil manusia rela melakukan apa sahaja diluar batasan manusia.. dulu kurang ada masalah bunuh2 nie... sekarang menjadi2 pulak,.

mselim3

pls: hanya dengan mengingat Allah jiwa menjadi tenang..

avatar

haishhh..apa la nak jadi dengan orang sekarang ni ye.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.