blogger lelaki logo

Skim MyHome - Subsidi Rumah Pertama

7 Komen
Skim MyHome - Subsidi Rumah Pertama
Skim Myhome adalah skim yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi berjumlah RM30,000 bagi rakyat yang hendak membeli rumah pertama.

Permohonan Skim Myhome ini akan dibuka pada 1 April 2014 nanti. Jadi kepada mereka yang berhasrat memiliki rumah pertama ini adlah peluang baik, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban untuk membeli rumah.

Skim MyHome atau Skim Perumahan Mampu Milik Swasta akan menperuntukkan sebanyak RM300 juta, dengan setiap pemohon dihadkan kepada RM30,000 seorang, jadi dalam skim yang baru pertama kali diperkenalkan ini hanya terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja.

Syarat-syarat Kelayakan Skim MyHome:

1). Warganegara Malaysia
2). Kepada pembeli rumah pertama sahaja.
3). Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah.
4). Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.
5). Pembeli dilarang daripada menjual rumah dalam masa 10 tahun.
6). Subsidi Skim MyHome ini akan dibayar terus kepada akaun pembeli.

Harga rumah setiap tahun makin naik, semoga dengan sedikit bantuan ini akan dapat membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, agar kita tidak menjadi penumpang di bumi sendiri.

7 Komen untuk "Skim MyHome - Subsidi Rumah Pertama"

avatar

sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pembeli rumah.

avatar

nak beli rumah kedua sekarang ini..

avatar

Assalammualaikum...BL,

wah.. tinggi gak syarat untuk beli rumah melalui skim myhome .. nie?

avatar

rebut peluang ini jika layak...

avatar

Sangat membantu rakyat yang memerlukan cuma perlu telus semasa pemilihan bagi yang layak.

avatar

ramai yg pesan, dah keje nnti pikir pasal rumah dulu, baru kereta..

avatar

Maaf tuan, saya nak betulkan syarat no 6. Wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun pembeli, sebaliknya akan disalurkan terus kepada pemaju melalui akaun HDA. Maaf kalau cara saya tak kena.. dan terima kasih kerana berkongsi info ini..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.