blogger lelaki logo

Sapa Pernah Guna Toyol?

3 Komen
Sapa Pernah Guna Toyol"Toyol" adalah istilah biasa yang digunakan oleh pelajar yang suka menyorokkan nota untuk tujuan meniru dalam peperiksaan.

Aku rasa ada antara kita yang pernah buat perkara ini semasa zaman persekolahan dulu. Bermacam-macam cara untuk menghasilkan" toyol", aku tak mahu ajarkan teknik-teknik buat toyol dekat sini, takut nanti ada pula pelajar yang cuba buat pula dekat sekolah. Naya aku dapat saham ajar benda yang tak elok.

Tujuan "Toyol" ini cuma satu sahaja, iaitu untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang ditanya dalam kertas peperiksaan. Dalam erti kata lain, ia adalah perbuatan meniru. Meniru dalam peperiksaan adalah perbuatan menipu. Menipu ni berdosa ke tidak? Cepat pergi tanya ustaz..hehehe

Apabila anda meniru dalam peperiksaan, sebenarnya ada sedang menipu. Perbuatan meniru bukan jalan untuk mencapai kejayaan. Matlamat tak menghalalkan cara, walaupun niat kita baik untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Namum cara yang kita lakukan itu sebenarnya salah.

Anda sebenarnya sedang menipu diri sendiri, anda tipu cikgu anda, dan sebenarnya anda juga telah menipu ibu bapa anda. Tak rasa bersalah ke? Anda duk tipu ramai orang ni.

3 Komen untuk "Sapa Pernah Guna Toyol?"

avatar

hahaha macam2 jenis toyol

avatar

Pensyarah Public Sector Accounting Cakap Dia Tidak Redho Ilmu Dia Kalau Pelajarnya Tiru Dlm Peperiksaan. Subject Dia Saya Tidak Tiru ..... He He He

avatar

cara bawak toyol ke dewan peperiksaan/ test/quiz memang tak patut sebab sampai bila nak tahu sejauh mana kemampuan diri. ye dak?

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.