blogger lelaki logo

Pentingnya Ekonomi Islam Diamalkan Muslim

8 Komen
Sebagai muslim kita seharusnya mengamalkan sistem ekonomi Islam yang lebih baik dan jauh berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis yang ada sekarang.

Pentingnya Ekonomi Islam Diamalkan Muslim
Ekonomi Islam lebih terarah kepada kesejahteraan, keseimbangan ekonomi, tiada pihak yang tertindas serta mengelakkan kerugian.

Sistem yang diterap dalam ekonomi Islam adalah berpandukan panduan yang ditetapkan oleh ALLAH S.W.T.. Jika sistem ini dilaksanakan dengan betul, ia mampu mewujudkan kesejahteraan kepada umat manusia.

Salah satu contoh sistem ekonomi kapitalis yang merosakkan adalah ri'ba. Di dalam sistem ekonomi Islam, riba adalah diharamkan sama sekali, kerana ia akan mengakibatkan ketidakadilan dalam masyarakat. Malah ri'ba juga akan menindas orang yang lebih miskin.

Namum dalam sistem ekonomi kapitalis, ri'ba adalah salah satu cara untuk mengumpul kekayaan. Sehinggakan golongan miskin terus terdesak, manakala golongan kaya terus bertambah harta kekayaa mereka.

Lagi satu contoh sistem yang tidak adil dalam sistem kapitalis adalah apabila sesetengah barangan dimonopoli oleh syarikat-syarikat gergasi. Maka mereka yang memonopoli ini boleh sesuka hati menaikkan harga barang, siapa yang tertindas? golongan miskin lagi yang tertindas tanpa pembelaan.

"Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu." (QS. Al-Hasyr : 7)

Kerana dalam sistem kapitalis keuntungan adalah matlamat utama, tanpa memikirkan soal kemanusiaan. Orang kaya terus kaya, orang miskin terus kedana.

Dalam sistem ekonomi Islam pula jauh lebih baik, dengan segala harta perlu di agihkan dengan adil kepada mereka yang memerlukan. Sistem zakat membantu mereka yang susah, sebenarnya zakat adalah hasil daripada golongan kaya. Tetapi sedikit bahagian kekayaan mereka dibahagikan kepada mereka yang memerlukan. Ini akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam masyarakat.

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih."(QS. At-Taubah : 34)

Malah dalam Islam sumber ekonomi yang halal amat dititikberatkan, cara mendapatkan harta melalui cara salah tidak dibenarkan. Jadi jika sistem ini diikut dengan betul, niat kerana ALLAH S.W.T. semata-mata, insyallah tidak akan berlaku pernindasan serta kezaliman. Masyarakat akan hidup aman damai tanpa sengketa.

Banyak lagi sistem ekonomi Islam yang membawa kebaikan bukan setakat kewajipan mengeluarkan zakat sahaja. Antara lainnya adalah infaq, wakaf, sedekah, hibah, sistem pembahagian harta pusaka dan sebagainya. Semua ini adalah untuk kepentingan bersama, bagi memastikan segala harta kekayaan yang dikurniakan tuhan dirasa dengan adil oleh seluruh masyarakat.

Keadilan dalam Islam bukan hak sama rata, tetapi keadilan adalah apabila sesuatu perkara diletakkan pada tempat yang betul.

Aku bukannya pakar ekonomi, tetapi cuma perkara perkara ini yang berkaitan sistem ekonomi yang menindas sudah lama bemain dalam fikiran aku. Apakah yang perlu kita lakukan untuk memecah sistem ekonomi kapitalis ini?

8 Komen untuk "Pentingnya Ekonomi Islam Diamalkan Muslim"

avatar

Assalammualaikum..BL,

Orang islam boleh memecahkan monopoli sistem kapitalis andainya kita mengamalkan sistem ekonomi islam...insaallah boleh.

mselim3

avatar

Emm leh tak saya nak kata..saya malas nak fikir ni..hahahahaha...

avatar

yup.. jom kita tinggalkan riba' yang menindas

avatar

Islam itu amat adil... jom kita mengamalkan muamalah Islam

avatar

jom pakat sokong produk kita...

avatar

ekonomi islam lagi adil dan saksama

avatar

perlahan-lahan la berubah ke islamic financial... x leh sekaligus.sebab kat malaysia banyak dah bank konvensional..insurans konvesional...sejak merdeka lagi..

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.