Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Pemenang Contest SEO Di DuniaFarisya.com

Tempoh hari aku ada berkesempatan untuk menyertai satu contest yang di anjurkan oleh Duniafarisya.com. Ini adalah kontest SEO pertama yang aku sertai, saja-saja nak mencuba nasib. 

Sebenar teknik SEO aku memang hancurlah jika nak dibandingkan dengan peserta lain, kena pula sifu Titan pun turut serta. Meremang bulu roma gua nak menaip entri, manalah tahu kan bro Titan guna hikmah tumbukan rusuk kiri merah jambu beliau.

Jadi aku sertai kontest ini atas dasar memberi sokongan kepada kawan-kawan, masa nak blogwalking aku sekarang pun dah tak sama macam dulu, memang terhad. Jadi aku fikir untuk sertai kontest ini memang untuk suka-suka sahaja tak fikir untuk menang.

Namum aku tak sangka, sekali entri aku yang bertajuk Custom Made Sticker Kereta boleh mencanak naik untuk berada pada page 1 google search. Dan dalam contest SEO ini, Blogger Lelaki berjaya menduduki nombor 4.

Pemenang Contest SEO Di DuniaFarisya.com

Walaupun tak sehebat rakan blogger yang lain, namum ini adalah pengalaman berguna aku, dalam memperbaiki lagi teknik SEO aku untuk masa akan datang.

Tahniah kepada rakan-rakan blogger lain yang menang, dan selamat maju jaya kepada rakan blogger lain yang turut serta kontest ini. harap-harap Syirah lepas ni buat la lagi kontest yang bernas macam ni, insyallah gua akan support.

Untuk tahu siapa pemenang contest SEO ini, mai pakat klik sini.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail