blogger lelaki logo

PBS Gagal?

6 Komen
PBS gagal atau tidak terletak ditangan para perlaksananya. Perlaksanaan  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini perlu dilihat dari sudut positif. Apakah dengan memansuhkannya akan mendatangkan kebaikan?

Mungkin akan ada yang kata, senanglah orang bercakap sebab mereka tak merasa. Jika sebelum ini kita sibuk mahu sistem lama yang dikatakan membebankan anak-anak ditukar, apakah kini kita mahu undur ke belakang semula.

Betul, para guru juga tidak boleh kita persalahkan 100%. Ada yang dikhabarkan terpaksa bangun awal semata-mata nak key in data dekat Sistem PSB, sekali fikir kesian pula kepada guru-guru ini.

Bagi pihak kerajaan sepatutnya isu yang timbul selepas perlaksaan PBS akan membuka mata dan membuat penambahbaikan. Disebabkan ini adalah sistem baru, jadi kita tidak boleh terlalu tergesa-gesa. Perlukan masa untuk para guru menyesuaikan diri dalam sistem yang baru ini, dan satu proses pertukaran sistem yang lancar juga perlu difikirkan.

Tindakan yang segera perlu dilakukan, agar murid-murid tidak menjadi mangsa keadaan tersepit ditengah-tengah. Fikirkan untuk kebaikan anak-anak, tak guna kita bergaduh sampai mengorbankan generasi muda kita. harap semua yang pakar terlibat dalam sistem pendidikan negara kita, dapat duduk semeja, berbincang apa yang terbaik dan apa yang perlu diperbaiki lagi.

6 Komen untuk "PBS Gagal?"

avatar

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

avatar

salam kenal dan follow
torascool(dot)blogspot(dot)com

avatar

betul tu BL..haishh ape la nak buat sistem baru

avatar

Baru je buat assignment berkaitan PBS yang ditangguhkan ni. Gagal sebab ramai masih tak faham sistem yang oversea dah guna pakai sekian lama. Di universiti, mmg sistem ni sudah lama digunakan. Tapi tak salah guru... guru kini terlalu banyak komitmen perlu digalas :)

avatar

Sperkara lagi, KPM memang ada sahaja perubahan yg berlaku setiap tahun dan memang kesian sebab anak2 kita yg jadi mangsa ujikaji... Harap KPM dapat buat satu2 perkara yg konsisten dan memberi kesan positif utk anak bangsa

avatar

beban guru bertambah. Serius, memang penat gak la dibuatnya.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.