promosi percuma di fb

Muslim Niaga

34 Komen

Muslim Niaga merupakan sistem kedai online yang mengunakan konsep dropship, menawarkan hampir 400 produk kepada pelanggannya.

Sesuai dengan namanya, mereka lebih fokus kepada dropship produk-produk berbentuk Islamik namum ada pelbagai lagi produk lain yang turut dijual, antara produk yang laris dijual Muslim Niaga adalah Jam Tawaf Hijrah, Qaseh Gold Adinda/Kekanda, Shawl/Tudung, Tepung Magic dan banyak lagi.

Bagi ajen yang telah berdaftar, mereka juga dibenarkan untuk menjual produk mereka sendiri dengan had maksima tidak melebihi 6 produk.

Sistem Muslim Niaga Dropship

Muslim Niaga
Dropship kini bukan sesuatu yang baru di dalam perniagaan internet, boleh dikatakan sudah ada banyak program dan produk yang dijual yang menggunakan kaedah dropship ini.

Untuk kita faham lebih lanjut apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan dropship. Berpandukan gambarrajah dibawah, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas apa itu sebenarnya dropship dan bagaimana ia boleh menjana wang.

muslim niaga
Apa yang kita perlu buat adalah, mula-mula kita kena promosikan kedai online kita.

Dengan promosi yang berkesan, ada pelanggan yang berminat untuk membeli produk di kedai online kita. Selepas itu pembeli tadi akan membayar kepada kita dengan kadar Harga Jualan.

Dan kita sebagai ajen, akan membayar pula Harga Kos kepada pembekal, selebihnya adalah keuntungan milik kita.

Kita sebagai ajen dropship, tugas kita hanyalah promosikan produk dan menguruskan urusan jual beli, manakala produk yang dibeli tadi pula akan di hantar oleh pembekal kepada pembeli.

Berapakah keuntungan yang akan dinikmati oleh ajen dropship Muslim Niaga? Sebenarnya ia bergantung kepada produk, secara amnya, keuntungan yang ajen akan dapat adalah diantara 10%-30% bagi setiap produk.

Sebenarnya margin keuntungan itu sudah cukup tinggi, lagipun dengan tawaran lebih 400 produk, sebagai ajen dropship seharusnya kita bijak dalam memilih produk yang sesuai dengan kemampuan dan yang kita rasa selesa untuk mempromosikan produk tersebut, tidka perlu gelojoh atau tamak.

Untuk menjual produk dropship ini, kita sebenarnya harus mahir dalam urusan promosi. Kita perlu ada strategi yang ampuh untuk menarik minat para pelanggan kita. Kuncinya disini adalah promosi yang berkesan akan menghasilkan duit.

Jangan kita mengharapkan keuntungan segera dengan duduk goyang kaki. Usaha perlu dikerah, walaupun kita hanya menjadi ajen dropship, dan menjual produk melalui internet.

Cara Membuat Keuntungan Dengan Muslim Niaga

Pada konsepnya, dropship dan affiliate adalah sama. Cuma yang membezakan kedua-duanya adalah dropship lebih kepada barangan fizikal seperti tudung, jam, buku dan sebagainya. Manakala affiliate pula menjurus kepada barangan dalam bentuk digital seperti e-book.

Ada banyak cara yang boleh kita praktikkan untuk melariskan jualan dropship Muslim Niaga. Kita boleh lakukan promosi secara online atau offline. Disebabkan dizaman serba canggih ini kaedah promosi secara online memang berkesan. Sudah ramai yang berjaya dengan hanya menjual melalui online.

Apabila kita ingin memasarkan produk kita melalui online, promosi yang berkesan amatlah penting. Jika silap langkah segala usaha kita mungkin sia-sia sahaja.

Muslim Niaga ada 400 produk, apakah kita mahu mempromosikan kesemua produk tersebut? Sebaiknya kita pilih produk yang kita tahu serba sedikit info berkaitan produk itu.

Kita perlu lebih rajin untuk selidik terlebih dahulu selok belok tentang produk itu. Malah kita juga perlu menggunakan atau beli juga produk itu terlebih dahulu, barulah kita mula promosikannya.

Ini adalah sebagai langkah untuk kita kenal lebih rapat tentang produk yang hendak kita pasarkan. Biar kita sendiri yang rasai kualiti produk tersebut.

Sebagai contoh kita hendak jual buku, tetapi kita sendiri tidak pernah pegang buku tersebut, apatah lagi untuk membacanya. Bagaimana kita hendak tahu buku itu bagus atau tidak. Bagaimana pula kita hendak menyakinkan pelanggan kita, kena pula pelanggan yang gemar bertanyakan macam-macam soalan. Mungkin ada yang anggp perkara ini tidak penting asalkan mulut manis, ramah sudah cukup.

Langkah ini adalah penting untuk kita menyakinkan bakal pelanggan kita nanti, disinilah titik kejayaan dalam promosi yang berkesan apabila kita berjaya meyakinkan pelanggan untuk membeli produk yang kita promosikan itu.

Sebab itu adalah penting jika kita hanya fokus kepada sedikit sahaja produk untuk permulaan. Jika kita sudah mahir, mungkin boleh jual lebih banyak lagi jenis produk yang ada dalam sistem Muslim Niaga.

Menjadi Pembekal Produk Kepada Muslim Niaga

Selain daripada menjadi ajen dan menjana pendapatan hasil daripada komisyen menjual produk. Jika kita ada produk sendiri yang hendak dipasarkan, sebenarnya kita juga boleh menjadi pembekal produk kepada Muslim Niaga.

 Kita perlu memenuhi syarat-syarat berikut jika mahu menjadi pembekal produk:

1). Perlu mendaftar sebagai Ajen terlebih dahulu.
2). Untuk menjadi pembekal, perlu membayar yuran sewa kedai untuk tempoh selama 6 bulan. (Yuran Pembekal = Yuran Daftar + Yuran Sewa 6 bulan).

Selepas kita melengkapi semua syarat diatas, kita boleh membekalkan seberapa banyak produk kita mahu pasarkan secara dropship, tiada had yang dikenakan terhadap produk yang hendak kita jual nanti.

Daftar Menjadi Ajen Dropship Muslim Niaga

Muslim Niaga menawarkan 3 pakej untuk kita mendaftar sebagai ajen iaitu pakej Asas, Pro dan Premium. Kita boleh pilih mengikut kesesuaian diri kita, cadangan saya adalah lebih baik jika kita lihat dan kaji terlebih dahulu pontensi diri kita sebelum memilih pakej yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran sebagai ajen dropship Muslim Niaga boleh melawat ke website Muslim Niaga ataupun menghubungi terus ditalian nombor telefon 011-14260161.

Dan ini pula adalah Fanpage Muslim Niaga, serta laman Twitter :@mndropship. Selain daripada itu Service Muslim Niaga juga melibatkan Kedai Online, Design, Training Online, Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Trainusahawan, Trading.

Jika mahu kenal lebih dekat, boleh tonton video dibawah ini berkenaan platform dropship produk Islamik ini yang telah disiarkan oleh Astro Awani.

 

Artikel ini adalah untuk sebuah contest SEO.  Kepada rakan blogger yang lain dijemput juga untuk sama-sama memeriahkan lagi contest SEO ini. Untuk maklumat lanjut sila klik SINI.

Contest SEO Muslim Niaga ini di anjurkan oleh Farid Laham dan ditaja oleh Muslim Niaga, Sumai Hotel, Apartment – OFFICIAL, Sumai Hotel Apartment, Projek Iqra, Farisya Anastasyia, Akma Omar, Nannie Isa, Azhafizah Md Nor, Nadia Shaira Shaf’ii, Nabila Biela, iLuvTour



Baca juga:

promosi percuma di fb

34 Komen untuk "Muslim Niaga"

avatar

thanks for sharing this great piece of info...

avatar

Assalamualaikum, jana pendapatan mudah dengan dropship

avatar

wah dah join juga, aku sedang mencari idea ni

avatar

good luck n harap2 menang nanti.. :)

www.myinfo4u.net/muslim-niaga-dropship-sistem-terbaik

avatar

ini salah satu cara buat duit dalam talian. ;)

avatar

Ini satu peluang baik untuk berniaga.

avatar

all da best...insyaAllah boleh menang ni..

avatar

semoga bro berjaya!...entri ini memang menarik!

avatar

good luck..jmput baca entri sy plak :)

Contest SEO Muslim Niaga

avatar

Moga dengan adanya platform dropship muslim niaga ini dapat meningkatkan lagi ekonomi penduduk muslim di malaysia khususnya =)

Jom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik

avatar

semoga berjaya bro. ramai jugak yang join ye.

avatar

Good luck BL...semoga berjaya. Puteri masih belum ada idea lagi :)

avatar

banyak kelebihan dengan pemasaran dropship ni. Semoga sukse bro untuk Contest SEO Muslim Niaga.

avatar

goodluck BL.eh,lama xdgr cerita :)

avatar

satu perkongsian yang menarik. :)

avatar

wah dah siap lah artikel dia, good luck bro untuk contest ini

avatar

Semoga berjaya dengan contest SEO MUSLIM NIAGA ni ....

avatar

Good Luck. Selamat berjaya. :D

avatar

selamat berjaya bro....

avatar

Gud Luck bro dalam contest ni.

avatar

Salam... satu artkel yg penuh infomasi. Semoga berjaya.

Jom terjah entri berkaitan.

Contest Seo Muslim Niaga

avatar

kena support produk orang islam ,,,

avatar

sebagai pembekal produk bagus juga tu
peluang bagi mereka yang tak ada idea nak manjual

avatar

bagus sistem nih, bayo boleh terus berniaga

avatar

Blogwalking dari Contest SEO Muslim Niaga yg sama..gud luck

avatar

Wah-wah..saya check sakni page 2..terbaik la...hehe

avatar

selamat berjaya bro!

banyak ruang ada...nak atau tak? fuh

avatar

good luck bl..hehhee

avatar

Muslim Niaga membuka peluang perniagaan yang boleh menjana keuntungan berlipat ganda. Tak perlu pening pikir pasal stok. Juz daftar sebagai ejen n dah boleh berniaga. Terbaik la Muslim Niaga! All d bez saudara kucha...

http://umikasum.blogspot.com/2014/03/muslim-niaga-platform-dropship.html

avatar

Banyak betul contest blog ni yea..Selamat Berjaya!

avatar

Niche baru ni, semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Target diaorg RM 1 Juta dalam masa 3 tahun tu.

avatar

Bagus juga dropship. Mudah bagi mereka yang baru nak mula bisnes..


jom singgah ye http://www.cintavitamin.com

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.