Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Murid Lawan Cikgu

Murid lawan cikgu sudah jemu kita dengar, ada sahaja cerita terkini yang kurang enak didengar di antara murid dan cikgu. Salah siapa sebenarnya keadaan begini berlaku?

Semasa aku masih belajar dulu, aku di terapkan dengan pemikiran, jangan lawan cikgu, jangan derhaka pada cikgu, nanti segala ilmu yang cikgu ajar tak berkat.

Bagi aku cikgu adalah seorang yang mulia, tapi itu zaman sekolah rendah. Naik ke sekolah menengah, perangai aku pun turut naik, dah nakal lebih sikit.

Murid Lawan Cikgu

Walaupun rasa hormat pada cikgu masih menebal dalam jiwa aku, tetapi aku paling tak suka dengan cikgu disiplin, sebab aku selalu kena denda sebab aku selalu kantoi buat salah.

Tapi jika sekarang aku fikirkan balik, ada betulnya tindakan cikgu disiplin menghukum aku dulu, sebab salah aku, aku yang degil.

Walaupun aku dihukum dengan teruk, pernah sekali aku kena tampar 3 das bertubi-tubi.

Namum aku tidak pernah melawan balik, sebab aku tahu itu salah aku. Bagi aku, jika abuat apa-apa, aku perlu bertanggungjawab.

Tak pernah aku terfikir nak lawan balik cikgu aku, nak bawa kawan-kawan pergi pukul cikgu aku.

Kisah budak-budak zaman sekarang, aku tak tahu apa yang mereka fikir, apa yang telah merosakkan fikiran mereka, rasa hormat pada cikgu, hormat pada orang tua, meraka langsung tak peduli.

Jiwa mereka telah diracuni untuk bertindak kurang ajar.

Ini bukan masalah berpunca daripada budak itu, tetapi ia sebenarnya melibatkan komuniti yang leabih besar. Budak-budak sekarang tidak mengira lelaki atau perempuan terlalu terdedah dengan perkara-perkara negatif terlampau.

Bukan nk salahkan teknologi yang terlalu laju sekarang, tetapi apalah gunanya teknologi canggih jika ia bisa merosakkan generasi kita. Umpama pisau pemotong daging yang tajam, digunakan untuk tujuan membunuh.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail