Mabuk Gadung

Mabuk Gadung

Mabuk GadungMabuk gadung? Apa itu, mabuk mesti ramai yang tahu kan, tapi kalau "Gadung" korang tahu tak apa ke bendanya tu?

Gadung sebenarnya adalah sejenis ubi yang dipanggil ubi gadung. Ubi gadung mungkin tak popular seperti ubi kayu atau ubi keledek kerana ubi gadung tak boleh di makan sembarangan. Jika tersilap cara boleh mabuk gadung bak kata orang-orang tua.

Ubi Gadung sebenarnya mengandungi racun yang boleh membuatkan kita jadi pening-pening atau mabuk jika tersilap cara menyediakannya. Racun pada ubi gadung perlu dibuang terlebih dahulu sebelum boleh dimasak untuk dimakan.

Mabuk Gadung
Kredit 
Dulu-dulu pakcik aku selalu juga mencari Ubi Gadung ni di hutan, sebab di negara kita Ubi Gadung jarang ditanam.

Salah satu cara yang selalu pak cik aku lakukan untuk menbuang racun gadung adalah dengan merendamnya di dalam air sungai, lebih kurang seminggu direndam bagi memastikan racun gadung itu betul-betul sudah tiada.

Pernah juga pakcik aku sendiri yang mabuk gadung. Mungkin racun pada ubi itu tak dibuang dengan sempurna.

Kelebihan Ubi Gadung

Mabuk Gadung1. Ubi Gadung mengandungi steroid yang tinggi - penghasilan penting untuk ubat-ubatan serta hormon yang di campur dengan gula (lebih dikenali saponin), ia berfungsi sebagai penghalang pengetulan platelet dalam darah.

2. Ubi Gadung juga menurut kajian mampu menghalang penyakit darah beku.

mabuk gadung3. Boleh juga digunakan sebagai pil perancang, hormon seks dan bahan kortison.

4. Ekstrak Ubi Gadung juga boleh membunuh siput.

5. Di Mexico, Ubi gadung juga digunakan untuk membasuh bulu biri-biri, funginya adalah untuk membunuh kutu dan serangga pada bulu terserbut sebelum dijadikan pakaian.


Mabuk gadung sebenarnya membawa maksud yang lain jika di Indonesia. Mabuk Gadung juga bermaksud mabuk asrama di negara seberang.


Share this:

Disqus Comments