blogger lelaki logo

Kisah Kerani Jutawan

10 Komen
Ini kisah kerani jutawan, namun bukan jadi jutawan seperti makcik Rokeah tu yang menang SSP. Namum ada kisah yang disebaliknya pula bagaimana dia mampu mengumpul wang sebanyak RM1.5 Juta.

Kerani ni bekerja di Mahkamah Tinggi Ipoh. Bermula dari April 2012 sehingga September 2013. Cara dia bekerja sememangnya patut mendapat pujian. 

Memang patut dijadikan contoh kepada semua kakitangan awam, sebab kerani ini tidak pernah keluar rehat makan tengahari, dan dia juga tidak pernah mengambil cuti tahunan.

Tugas utama kerani ini adalah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda.

Namum dalam diam rupanya, dalam baik sifatnya kerani ini, ada udang disebalik mee rupanya. Kerani ini rupanya telah mengelapkan wang kutipan mahkamah tadi.

Dia cukup bijak kerana menggunakan kelemahan yang ada dalam sistem data komputer mahkamah agar amaun yang digelapkan tidak kelihatan dalam akaun.

Namum sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Apabila juruaudit datang untuk memeriksa rekod dan buku mahkamah yang membongkarkan wajah sebenarnay kerani itu tadi.

"Bagaimanapun, polis masih belum berjaya menemui wang yang dicuri itu dan sedang cuba memastikan apa yang dibelanjakan dengan wang berkenaan.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan kes itu. – 3 Februari, 2014." - The Malaysian Insider

10 Komen untuk "Kisah Kerani Jutawan"

avatar

itu baru satu jabatan .belum jabatan yang lain.....

avatar

sekolah tak tinggi belum tentu bodoh ... ermmmm

avatar

tiap-tiap hari tengok duit... mana tak gelap mata...

avatar

Macam-macam boleh jadi dengan dunia sekarang ni.

avatar

Banyak sanagat tu, mana boleh orang tak perasan duit sebanyak itu dicuri.

avatar

Patut ler jadi jutawan dengan hanya kerja kerani...!

avatar

hebat kerani itu ye. hehe

avatar

Huhu, macam-macam perangai orang kan :-)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.