blogger lelaki logo

Kami Bayar 10 Ringgit : JDT vs T-Team Dibatalkan

3 Komen
Kami Bayar 10 Ringgit : JDT vs T-Team DibatalkanKami bayar 10 ringgit, itulah yang dilaungkan oleh para penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang memenuhi Stadium Larkin bagi menyaksikan perlawnanan JDT vs T-Team dalam saingan Piala FA pusingan ke-2.

Bagi aku apa yang dilaungkan oleh penyokong adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati, apabila mereka sanggup membeli tiket, siap beratur lagi bagi menyaksikan perlawanan bola sepak yang menarik.

Namum seolah dibazirkan duit mereka kerana perlawanan terpaksa dibatalkan.


Bukan juga aku nak salahkan kepada pasukan yang bertanding, sudah pasti ada alasan yang kukuh, apabila T-Team bertindak tidak mahu masuk padang pada separuh masa kedua, setelah ketinggalan 2-1.

Ada khabar angin yang menyatakan ada berlakunya pertikaman lidah diantara staff kedua-dua pasukan ketika masa rehat ketika mereka hendak masuk terowong.

Setakat ini tiada sebarang keputusan yang dibuat, samada perlawanan ini akan diadakan semula, atau diberikan kemenangan percuma. Masih menuggu tindakan daripada FAM.

Diharap selepas ini, tidak berlaku lagi kes insiden seperti ini, kesian dekat penyokong yang sanggup menghabiskan duit, korbankan masa untuk memenuhi stadium bagi memeriahkan arena bolasepak negara.

3 Komen untuk "Kami Bayar 10 Ringgit : JDT vs T-Team Dibatalkan"

avatar

Ah sudah..kenapa lmbat betul aku tahu berita ni?

avatar

blog nya lelaki bangeeettt :-)

avatar

tak tahu lagi apa keputusannya. dah berbelit-belit dah sekarang.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.