Insurans Kenderaan Akan Naik 15% Bermula 15 Februari 2014?

Insurans Kenderaan Akan Naik 15% Bermula 15 Februari 2014?

Insurans Kenderaan Akan Naik 15% Bermula 15 Februari 2014 sudah heboh di media sosial, tapi tak kedengaran pula di media perdana.

Surat notis kenaikan insuran kenderaan juga sudah diedarkan, malah sudah tersebar meluas di internet. Zaman sekarang apa benda pun dah tak boleh nak disembunyikan lagi daripada pengetahun umum. Cepat sangat maklumat akan tersebar.

Ramai orang yang menpersoalkan kenapa berita ini seperti mahu disembunyikan. Padahal tahun lepas ada juga disiarkan berita pada kenaikan insuran kenderaan. 

Bagi aku mungkin sebab ada pihak yang dah rasa cuak nak umumkan sebarang berita pasal kenaikan, sebab dah banyak kenaikan yang rakyat terpaksa tanggung sejak kebelakangan ini.

Namum sebenarnya ramai diantara kita yang lupa, sebenarnya kenaikan ini sudah kedengaran sejak dari tahun 2011 lagi. Dan kenaikan ini akan berlaku setiap tahun, secara berperingkat sehingga 2015 menurut Bank Negara Malaysia. 

Jadi bersedialah untuk menerima kemungkian kenaikan insuran kenderaan lagi tahun depan pula.

Ini adalah petikan akhbar Berita Harian yang diterbitkan pada 26/2/2011:
Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.


Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.


Insurans Kenderaan Akan Naik 2014

Insurans Kenderaan Akan Naik 2014

Insurans Kenderaan Akan Naik 2014

Insurans Kenderaan Akan Naik 2014

Insurans Kenderaan Akan Naik 2014

Insurans Kenderaan Akan Naik 2014
Gambar Sumber : Paultan

Share this:

Disqus Comments