blogger lelaki logo

Gaji Isteri Lebih Besar Daripada Suami

8 Komen
Gaji Isteri Lebih Besar Daripada SuamiZaman sekarang sudah tidak hairan jika gaji isteri lebih besar daripada gaji suami. Apa kesannya kepada kaum lelaki, apakah tugas mencari nafkah kini sudah bertukar tangan?

Secara trasidi dan dalam ajaran Islam sekalipun, tanggung jawab untuk mencari rezeki dan menyara keluarga adalah dipikul oleh lelaki. Namum tidak dinafikan juga ada kaum wanita yang ringan tulang sanggup bekerja untuk meringankan beban suami untuk menyara keluarga.

Soal isteri menolong suami untuk menambah pendapatan keluarga sudah lama kita dengar. Tapi di zaman sekarang tidak menghairankan apabila gaji isteri lebih besar daripada gaji suami. Si isteri kini mampu bekerja dan berjawatan besar di pejabat, manakala si suami cuma bekerja sebagai suami.

Jika difikirkan dari sudut positif, ini adalah kelebihan buat keluarga dan suami. Sebab isteri banyak membantu dalam meringankan beban ekonomi keluarga. Apa yang kurang isteri boleh tolong tambah serba sedikit. 

Si suami pula tidak mengharapakan duit isteri, namum apa salahnya jika si isteri sudi bersedekah untuk kebaikan dan kebahagian keluarganya juga, semi kelangsungan kehidupan keluarga.

Namum berapa ramai suami yang berhadapan situasi begini yang mampu bersikap positif. Dalam duk cerita bab positif, bab negatif pun ada banyaknya juga.

Dari sudut negatif seorang suami yang rasa tercabar, kerana sebagai ketua keluarga dan seorang lelaki, dia tidak mampu menyara  keluarga sepenuhnya, malah perlu mendapatkan bantuan isteri. Mungkin timbul sedikit rasa rendah diri dan rasa terhina apabila isteri asyik duk mengungkit.

Dari sudut negatif seorang isteri pula, mungkin dia merasa hebat dan megah kerana walaupun dia cuma seorang wanita, namum gaji dia lebih besar dan segala harta seperti rumah, barangan perabot, kereta mewah semuanya milik si isteri. Jadi rasa hormat dia kepada suami berkurang, malah tindak dianggap suami seperti ketua keluarga, malah lebih teruk si suami terpaksa mengikut sahaja apa keputusan isteri.

Lebih negatif adalah apabila si suami yang hanya tahu makan duit isteri. Duit gajinya diguni unutk joli sakan, duit isteri digunakan untuk belanja dirumah. Lelaki macam ni memang tak guna, sepatunya duit isteri hanya diguna pakai apabila si suami dalam keadaan sesak, poket dah kering. Tapi dia salah guna, tibai duit isteri dia pula.

Secara positifnya tiada salah isteri bergaji besar serta berjawatan besar, namum tanggungjawab sebagai suami isteri perlu dijaga. 

Suami jangan harapkan duit isteri, tapi jadikan itu sebagai backup jika ada kecemasan atau duit belanja tidak cukup, maklumlah semua harga sekarang dah naik...inflasi..inflasi..

Isteri juga perlua tahu menghormati suami, walaupun gaji suami kecil, kerja biasa-biasa sahaja, tetapi di rumah suami tetap ketua keluarga, jangan pijak kepala suami.


8 Komen untuk "Gaji Isteri Lebih Besar Daripada Suami"

avatar

Lelaki mmg ego dia tinggi, tambah bila isteri buat perbandingan, mesti boleh jadi kecoh, so dlm hal ni kena give and take la, jgn nak unjuk sapa lagi hebat...

avatar

Assalammualaikum...BL,

benar setuju dengan entry BL nie.. walaupun gaji isteri lebih besar daripada suami. Suami mesti dihormati ini kerana suami adalah ketua keluarga kan. Walaupun setinggi mana pangkat isteri itu di organisasi.. suami tetap suami yg mesti dihormati.. betul x?

mselim3

pls: sesama bertolak ansur dalam hidup berumahtangga ...

avatar

Isu ini sudah menjadi satu isu biasa di zaman ini. Apabila peluang pekerjaan terbentang luas untuk kaum wanita, sememangnya lelaki tidak mampu bersaing. Pada tahun 2000 - 2008, di Daerah Kota Setar, saya anggarkan dalam 70-80% adalah terdiri dari pengetua wanita untuk sekolah-sekolah menengah. Di sesebuah sekolah bilangan guru wanita adalah lebih ramai dari guru lelaki. Ia adalah hakikat zaman sekarang.

Walaubagaimanapun, hakikat isteri adalah di bawah pimpinan suami, sememangnya satu dugaan besar apabila pendapatannya lebih tinggi dari suami. Bila-bila masa sahaja boleh berlaku penderhakaan. Allahualam bissawab.

avatar

tak salah gaji isteri lebih tinggi dariapda suami..tapi kalau suami duk makan gaji isteri tanpa buat apa-apa memang tak patut..sebab lelaki adalah ketua keluarga, die kene jaga isteri, beri afkah kepada isteri.

avatar

pada pandangan saya sebab itulah gaji suami harus lebih tinggi dari isteri. Bukan saya kata tidak boleh gaji isteri lagi tinggi dan bukan lah tidak baik. Tapi buruk lagi banyak dari baik

avatar

Saya rasa tiada masalah gaji isteri lebih tinggi. malahan bagus juga sebab isteri ni lebih banyak uruskan hal anak2 dan rumahtangga. jadi kalau ada duit lebih, best la sket dari asyik minta suami.
cuma saya tak berkenan langsung bila suami pemalas nak kerja. sbb memang ada dalam keluarga saya. Boleh pula duit rokok pun minta dari isteri.
kalau pesen suami macam ni, sedialah sekma jawapan tebal2 ye nak menjawab kat akhirat sana.
oopppsss; #teremo

avatar

Ni luahan lelaki... kesian tak ada Hari Lelaki...
Sharing session:

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. ..

Dia korbankan coklatnya.. untuk adik beradiknya.

Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua ....nya tersenyum.

Dia membelanjakan kesemua duit ..untuk beli hadiah untuk yang dia cinta .... hanya untuk melihat dia tersenyum ☺

Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2 dengan bekerja lewat malam.. .. tanpa sebarang keluhan.

Dia bina masa depan mereka sekeluarga dengan membuat pinjaman daripada bank .. dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.......

Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu, isteri dan boss ...

Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain

Kalau dia keluar rumah .., org kata dia lalai ..

Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas ..

Kalau dia marah anak2 .., org kata dia raksaksa..

Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab ..

Kalau dia tak benarkan isteri .. bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong ..

Kalau dia benarkan isteri .. bekerja, org kata dia makan hasil isteri.

Kalau dia dengar cakap emak .., org kata dia anak .. emak ..

Kalau dia dengar cakap isteri .., org kata dia kena Queen Control ..

Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Berbaloi dihantar ke semua lelaki ....supaya mereka tersenyum ☺ & kepada semua wanita ...... supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..

HAPPY MEN'S DAY
Which never comes.
Tanpa lelaki..kosonglah wad bersalinπŸ˜‚πŸ˜‚πŸƒπŸƒπŸƒ

This comment has been removed by the author. - Delete

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.