blogger lelaki logo

BR1M 3.0 Dilancar Pada 22 Feb 2014

3 Komen
BR1M 3.0 Dilancar Pada 22 Feb 2014
Pembayaran BR1M 3.0 atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan dilancarkan pada 22 Feb 2014. Manakala di peringkat Parlimen pula akan dimulakan pada 23 Feb 2014.

Rezeki rakyat untuk tahun ini, dapatlah meringankan sedikit beban rakyat selepas ditimpa bermacam-macam kenaikan harga sejak kebelakangan ini.

Jangan membazir, dah dapat duit BR1M tu, janganlah duk belanja tak tentu pasal. Kalau boleh simpanlah, kalau rasa nak join SSP BSN pun okey jugak tu.

Pembahagian BR1M 3.0 untuk golongan pendapatan isi rumah RM 3000 dan kebawah akan mendapat bantuan sebanyak RM 650. 

Bagi yang pendapatan isi rumah RM 3000 hingga RM 4000 akan diberikan bantuan sebanyak RM 450. Dan bagi induvidu (bujang) yang berpendapatan RM2000 kebawah pula mendapat bantuan sebanyak RM 300.

Semakan Status BR1M

Kepada makcik pakcik yang duk runsing takut tak dapat duit BR1M tahun ini. Mai pakat semak dengan membuat panggilan telefon ke Hotline LHDN 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 (waktu bekerja sahaja).

Sumber : Berita Harian

3 Komen untuk "BR1M 3.0 Dilancar Pada 22 Feb 2014"

avatar

Bolehlah drp abuk pun tarak. Mcm admin kata - menabunglah bila dpt duit BRIM tu nanti.

avatar

wow...! bila saya periksa balance bank ada RM650.00 lebihan pada pagi 22hb Feb 2014. terima kasih kepada Kerajaan. Berkat untuk Malaysia.

avatar

Syukur alhamdulillah

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.